PENGUMUMAN

KAMI TIDAK AKAN BEROPERASI DARI 28 JUN SEHINGGA 30 JUN 2017

Laman Utama
Kos sara hidup: Antara realiti, persepsi & IHP PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Wednesday, 21 June 2017 09:01

SAYA tertarik dengan satu rencana yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang menggambarkan kefahaman pengguna tentang pertalian yang kabur antara kos sara hidup de­ngan Indeks Harga Pengguna (IHP), iaitu petunjuk yang digunakan bagi mengukur purata harga barangan dan perkhidmatan yang pengguna belanja berdasarkan harga pasaran semasa, yang dinilai secara pukal.

 

IHP ini diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan setiap bulan dan pe­rangkaan tahunan diguna untuk menentukan kadar inflasi negara.

 

Read more...
 
Sikap pengguna jalan raya tentukan kadar kemalangan PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Wednesday, 21 June 2017 08:28

 

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang akan pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidilfitri minggu ini dinasihatkan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata analisis Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 95 peratus daripada kemalangan berpunca akibat kecuaian pengguna jalan raya sendiri.

Katanya, setiap pengguna jalan raya yang ingin memulakan perjalanan jauh wajar merancang perjalanan mereka supaya dapat tiba ke destinasi dengan selamat.

 

"Selain mematuhi undang-undang, mereka (pengguna jalan raya) tidak sepatutnya meneruskan perjalanan jika rasa letih atau mengantuk.

Read more...
 
National committee on GST needed, says Warisan PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Tuesday, 20 June 2017 08:59

PETALING JAYA: An opposition party has called for Putrajaya to form a national committee to oversee any changes to the GST to ensure the welfare of the people is always protected.

 

Commenting on yesterday’s events – which saw an order for the imposition of GST on some 60 food items cancelled – Parti Warisan Sabah said a national committee would be the best way to ensure the GST was implemented fairly.

 

Intitally, it was reported that the government would subject the 6% GST on some 60 food items including bihun, spinach and potatoes, only for the customs department to announce the cancellation of the order less than 24 hours-later.

 

Warisan vice-president Junz Wong said that for now, the GST was to here stay, whether people liked it or not and what was important was that the tax wouldn’t be imposed on basic necessities.

 

Read more...
 
Wajarkah PLUS tutup lorong tambah nilai sempena Aidilfitri PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Friday, 16 June 2017 10:48

Pengumuman pihak PLUS menutup 134 lorong tambah nilai pada 22 Jun hingga 2 Julai 2017 sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bagi tujuan melancarkan pergerakan trafik merupakan satu langkah bijak bagi menangani kesesakan.

Namun begitu dari sudut lain, pengguna terpaksa membayar wang pendahuluan bagi penggunaan kad Touch n Go dilihat membebankan pengguna, apatah lagi dengan peningkatan kos, kenaikan harga barang dan persiapan raya yang memerlukan bajet melebihi daripada bulan-bulan biasa.

Lazimnya pengguna membuat tambah nilai untuk perjalanan jauh dari RM50 hingga RM200.

Wajarkah pihak PLUS mengutip bayaran pendahuluan daripada pengguna? Namun masalah kesesakan jalan raya masih tiada penyelesaian.

 

Read more...
 
Jangan ikut emosi ketika berbelanja PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Thursday, 15 June 2017 12:12

 

 

KUALA LUMPUR -  Masuk minggu ketiga Ramadan, bahang kemeriahan menyambut aidilfitri kian terasa .

Di sana sini,  peniaga tidak kira yang membuka gerai atau di kedai, gedung membeli-belah mahupun yang berniaga dalam talian giat melakukan pelbagai promosi untuk melariskan jualan.

Cuma ramai yang mengeluh kerana terlebih berbelanja pada bulan Ramadan ini.

Walaupun banyak kedengaran  rungutan tentang kenaikan harga barang pada musim perayaan namun sikap berbelanja masyarakat tetap tidak berubah.

Inilah realiti yang berlaku saban tahun.

TIDAK TERKESAN DENGAN KOS HIDUP YANG MENINGKAT

Kegagalan mengawal nafsu berbelanja hingga berlebih-lebihan terutama pada musim perayaan termasuk hari raya seolah-olah menunjukkan  pengguna tidak terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Di mana-mana sahaja, bazar Ramadan masih menjadi tumpuan. Begitu juga pasar raya dan pusat membeli belah, tidak putus-putus  didatangi  pembeli. Itu belum lagi mereka yang membeli-belah dalam talian.

Tabiat berbelanja berlebih-lebihan itu menyebabkan kenaikan perbelanjaan antara satu hingga tiga kali ganda berbanding bulan biasa.  Perkiraannya mudah, jika  pada bulan biasa perbelanjaan sekitar RM600  tetapi pada musim perayaan ia boleh meningkat kepada RM1,800.

Menurut pakar kewangan pengguna, Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri, kenaikan itu boleh meningkat sehingga empat kali ganda memandangkan mata wang Malaysia yang semakin lemah serta kos sara hidup yang tinggi.

Pengguna bagaimanapun bagaikan tidak ambil pusing dengan kenaikan harga barang serta kos sara hidup ketika berbelanja pada musim perayaan.

Beliau yang mengkaji "Corak Perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri Rakyat Malaysia"  pada  tahun lepas mendapati  lebih 55 peratus pengguna berbelanja lebih satu kali ganda berbanding perbelanjaan bulan biasa manakala 22 peratus melebihi dua kali ganda dan 5 peratus  melebihi  tiga kali ganda daripada perbelanjaan bulan biasa.

Kajian melibatkan 700 responden yang dilakukan secara  dalam talian itu mendapati  majoriti pengguna iaitu 79 peratus  menyediakan belanjawan khusus untuk Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun dapatan  menunjukkan  82 peratus  daripada mereka yang menyediakan bajet raya itu berbelanja lebih berbanding perbelanjaan mereka pada bulan biasa.

"Ini menunjukkan majoriti pengguna  tidak berdisiplin dalam  mengikut bajet yang telah disediakan sehingga membawa kepada peningkatan dalam perbelajaan.

"Ia akan menjadi masalah apabila pengguna terpaksa menggunakan pendapatan gaji mereka untuk memenuhi keperluan perbelanjaan pada musim perayaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui  baru-baru ini.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 71

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Maklumat Kepada Semua

  1. Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna.
  2. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
  3. Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan.
  4. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.

KonsumerKINI di Twitter

MySWITCH 2017