|
BERHATI-HATI DENGAN TAWARAN KAD DISKAUN SEUMUR HIDUP |
|
|
|
|
Written by Norli Baharin
|
|
Thursday, 26 January 2012 12:17 |
|
http://www.konsumerkini.net.my/v1/images/stories/images2012/images_20120126_discount.jpg
Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mempedayakan pengguna. Terkini, wujudnya pihak tertentu yang menghubungi pengguna untuk menawarkan kad diskaun. Pengguna yang dipanggil itu, akan diberikan kata-kata manis, bahawa mereka merupakan golongan terpilih untuk menerima kad diskaun yang istimewa itu.
Biasanya pengguna akan menerima panggilan tersebut ketika mereka dalam keadaan sibuk bekerja. Pemanggil yang menghubungi pengguna tersebut beberapa kali. Pengguna akan dimaklumkan beliau adalah pemilik kad kredit daripada bank tertentu.
Oleh kerana beliau mempunyai rekod pembayaran kad kredit yang baik, maka beliau ditawarkan kad diskaun istimewa. Pemilik kad diskaun akan diberikan pelbagai tawaran menarik, antaranya, pakej percutian dan penginapan di hotel terpilih di seluruh Malaysia dengan diskaun sebanyak 50%, pakej umrah dengan diskaun 50% dan juga platinum VVIP.
|
|
Read more...
|
|
MAMPUKAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN MELINDUNGI PENGGUNA? |
|
|
|
|
Written by Mohd Yusof Abdul Rahman
|
|
Wednesday, 18 January 2012 17:23 |
|
http://www.konsumerkini.net.my/v1/images/stories/images2012/images_20120118_akta.jpg
Telah hampir enam bulan semenjak Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dikuatkuasakan pada April 2011. Semenjak itu, terdapat laporan media yang menyiarkan tentang tindakan penguatkuasaan telah dilakukan ke atas peniaga yang menaikkan harga dengan sesuka hati, khususnya peniaga yang menjual di bazar Ramadan pada bulan Ramadhan yang lalu.
Walaupun seolah-olah ada tindakan penguatkuasaan yang dilakukan, namun pengguna masih berasa was-was tentang keberkesanannya. Pada tahun 2011, ramai pengguna yang masih merungut tentang harga barang yang naik, terutamanya semasa musim perayaan. Begitu juga dengan harga ayam yang tidak menentu.
Pengguna masih mengeluh peniaga secara sewenang-wenangnya menaikkan harga barang walaupun telah wujud akta yang boleh mengekang tindakan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan.
|
|
Read more...
|
|
MATLAMAT BARU KEWANGAN PADA TAHUN BARU |
|
|
|
|
Written by Siti Rahayu Zakaria
|
|
Wednesday, 18 January 2012 17:14 |
|
http://www.konsumerkini.net.my/v1/images/stories/images2012/images_20120118_goal.jpg
Cuba tanyakan kepada diri anda sendiri, berapa peratuskah matlamat kewangan yang telah berjaya anda berjaya capai pada tahun 2011?
Pada awal tahun baru ini merupakan masa yang paling sesuai untuk anda menilai kembali matlamat perancangan kewangan pada tahun lalu dan menyemak semula impian dan perancangan kewangan yang tidak terlaksana.
Mengenal pasti keadaan kewangan semasa anda adalah satu permulaan yang baik untuk anda perbaiki matlamat kewangan pada masa akan datang.
Anda juga perlu menyenaraikan keutamaan dan berazam untuk benar-benar dapat mencapainya pada tahun ini.
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 132 |