PENGUMUMAN

KAMI TIDAK AKAN BEROPERASI DARI 28 JUN SEHINGGA 30 JUN 2017

Laman Utama Berita Terkini Alam Sekitar Kawal Tebang Pokok, Selamatkan Bumi
Kawal Tebang Pokok, Selamatkan Bumi PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Monday, 02 May 2016 12:42

Tarikh 22 April amat bermakna kerana tarikh itu adalah sambutan Hari Bumi Sedunia. Ia disambut untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menghargai bumi Dan alam semula jadi. Hari Bumi disambut pertama kali pada 1970 Dan kini disambut 190 negara di seluruh dunia.

Tema Hari Bumi pada tahun ini ialah Trees for the Earth (Pokok untuk Bumi) dengan matlamat 7.8 bilion pokok akan ditanam di seluruh dunia menjelang ulang tahun Hari Bumi yang ke-50 pada 2020.

Hutan meliputi satu pertiga permukaan bumi. Menurut jurnal Nature, dunia ini adalah rumah kepada lebih daripada 3 trilion pokok. Walau bagaimanapun, 15 juta pokok ditebang setiap tahun, iaitu bersamaan dengan 56 ekar hutan setiap minit. Kiraan jumlah pokok menurun 46 peratus sejak awal ketamadunan manusia.

Aktiviti pertanian

Terdapat banyak punca penebangan hutan tetapi yang paling utama ialah aktiviti pertanian. Petani menebang hutan untuk aktiviti penanaman. Pokok juga ditebang secara besar-besaran untuk mendapatkan kayu Dan menghasilkan kertas. Pokok amat penting bagi ekologi.

Perkara ini kerana mereka menyimpan jumlah karbon yang besar, yang sangat penting bagi kitaran nutrien, air Dan kualiti udara. Penebangan secara keterlaluan memberi kesan kepada perubahan iklim, biodiversiti Dan kesihatan manusia.

Penebangan hutan juga menyumbang kepada 12 hingga 20 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau global, yang mengakibatkan perubahan iklim.

Hutan yang semakin berkurangan menyebabkan sejumlah besar gas rumah hijau memasuki atmosfera. Apabila jumlah gas rumah hijau meningkat di dalam atmosfera, haba akan terperangkap di dalamnya.

Peningkatan haba ini menyebabkan perubahan pada corak iklim, yang seterusnya menyebabkan pemanasan global.

Pokok menyerap gas rumah hijau, seperti karbon dioksida Dan menukarkannya kepada oksigen bersih Dan karbon. Pokok melepaskan gas oksigen Dan menyimpan karbon.

Penebangan hutan bukan sahaja mengurangkan jumlah karbon disimpan, malah melepaskan gas karbon dioksida ke udara. Apabila pokok mati, mereka melepaskan karbon yang disimpan. Selain daripada pemanasan global, penebangan hutan juga mempunyai kesan besar kepada ketersediaan air di hutan.

Di samping itu, penebangan hutan secara besar-besaran juga memberi kesan kepada habitat bagi berjuta-juta spesies hidupan liar.

Hidupan Liar Hilang Habitat

Sebanyak 70 peratus spesies haiwan, serangga Dan tumbuhan hidup di hutan tidak dapat meneruskan kehidupan akibat penebangan hutan. Apabila hutan dimusnahkan, hidupan liar akan kehilangan habitatnya.

Setiap spesies haiwan Dan tumbuhan memainkan peranan penting dalam rantaian makanan yang boleh membuat perbezaan yang signifikan pada haiwan Dan manusia untuk meneruskan kehidupan mereka.

Penebangan hutan menyebabkan banyak haiwan, serangga Dan tumbuh-tumbuhan pupus.

Sesetengah haiwan Dan tumbuhan hanya boleh hidup dalam iklim tertentu sahaja. Apabila mereka 'dipaksa' berhijrah ke habitat baharu, Ia boleh memberi kesan negatif terhadap kelangsungan hidup mereka.

Penebangan hutan juga memberi kesan negatif kepada sektor penyelidikan perubatan kerana sesetengah tumbuhan di hutan boleh dijadikan ubat-ubatan. Hutan kaya dengan pelbagai spesies tumbuhan unik Dan boleh dij adikan ubatubatan.

Walaupun penebangan hutan mungkin dianggap sebagai perlu untuk pembangunan negara, namun aktiviti yang tidak terkawal hanya akan membawa kepada kemusnahan alam sekitar Dan ekologi hutan. Penyelesaian paling mudah bagi penebangan hutan ialah berhenti daripada menebang pokok.

Mungkin ini sukar untuk dilakukan kerana hasil penebangan memberi ruang kepada pembangunan negara serta menjana ekonomi negara.

Oleh itu, kaedah terbaik ialah menanam semula pokok Setiap orang di muka bumi ini perlu menanam sekurang-kurangnya satu pokok, supaya pada 2020, jumlah pokok ditanam mencapai 7.8 bilion.

Sumber : Berita Harian - Rencana - 2 Mei 2016 (Isnin)

Penulis : Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.