Laman Utama Berita Terkini Alam Sekitar Aktiviti Pengosongan Tangki Septik Individu peringkat Negeri Pahang di Taman Balok Makmur Kuantan
Aktiviti Pengosongan Tangki Septik Individu peringkat Negeri Pahang di Taman Balok Makmur Kuantan PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Thursday, 23 March 2017 14:21

 

Malaysia mempunyai lebih 1.32 juta tangki septic individu dan Pahang mempunyai sebanyak 137,569 tangki septic individu. Tangki septic individu (IST) merupakan jenis sistem pembetungan yang paling 'ringkas’ dan mempunyai ruang simpanan yang terhad. Sesebuah IST itu meliputi dua ruang yang bersambung secara bersiri. Di dalam ruang yang pertama, pepejal daripada kumbahan akan mendap dan membentuk "enapcemar" manakala gris dan minyak akan terapung di permukaan dan membentuk lapisan skum. Efluen di antara lapisan skum dan enap cemar akan mengalir keruang kedua di mana pemendapan seterusnya akan berlaku. Akhirnya, efluen akan meninggalkan ruang yang kedua dan akan dilepaskan kelongkang atau parit. Sekiranya, IST tidak dikosongkan secara berjadual maka enap cemar dalam ruang IST akan melimpah keluar dan mencemari longkang dan parit.

 

 

Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) telah pun menjalankan aktiviti pengosongan tangki septic individu  di 50 buah premis di kawasan Taman Balok Makmur, Balok. Aktiviti pengosongan tangki septic individu ini adalah merupakan intipati bagi Program Kesedaran Pengosongan Tangki Septik Individu Peringkat Negeri Pahang yang bakal diadakan pada awal bulan Mei 2017. Program kesedaran ini dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran orang ramai khususnya penduduk di sekitar Balok mengenai kepentingan pengosongan tangki septic individu (IST) kepada alam sekitar dan kesihatan awam. Hal ini selaras dengan isu pencemaran Sungai Nyior yang berlaku pada awal tahun 2016 yang dikatakan berpunca daripada limpahan air kumbahan dan enap cemar daripada IST milik premis penduduk sekitar ke longkang dan seterusnya dialirkan ke dalam sungai. Pengosongan IST di Taman Balok Makmur adalah berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh IWK di mana didapati bahawa selama lebih 20 tahun penduduk di perumahan Taman Balok Makmur tidak melakukan pengosongan IST.

Air kumbahan yang disalurkan terus ke dalam sungai  tanpa melalui proses rawatan boleh mengganggu gugat ekosistem sungai, mencemarkan sumber air dan boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan awam. Oleh sebab itu, sekiranya didapati sesebuah premis gagal untuk memastikan sistem pembetungan persendirian mereka berada dalam keadaan bersih dan baik maka ia boleh dikenakan denda tidak lebih lima puluh ribu ringgit (RM 50,000) atau dipenjarakan tidak lebih daripada enam (6) bulan atau kedua-duanya di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 Seksyen 66 (1), jika disabitkan kesalahan.

Kempen kesedaran ini bersesuaian dengan tema Hari Air Sedunia 2017 iaitu Air Sisa (Wastewater) di mana ia menekankan tentang kepentingan penggunaan semula air sisa untuk tujuan tertentu. Air sisa yang tidak dirawat boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar namun air sisa yang dirawat boleh menyelamatkan alam sekitar. Air sisa juga boleh dirawat dan boleh dijadikan sumber minuman. Oleh itu, amat penting untuk kita memastikan tangki septic individu perlu dikosongkan secara berkala dalam memastikan sumber air dipelihara.

 

Nur Imani Abdullah
Eksekutif Pendikan dan Polisi
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia

 

Video Competition

"My Food Label 2017"

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.