Laman Utama Berita Terkini Alam Sekitar Strategi pengurusan permintaan air, jamin bekalan air negara terpelihara
Strategi pengurusan permintaan air, jamin bekalan air negara terpelihara PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Thursday, 24 August 2017 10:34

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sentiasa memberi penekanan kepada strategi pengurusan permintaan air yang efisien bagi memastikan usaha sekarang mampu menjamin bekalan air pada masa depan sentiasa terpelihara.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri S.K Devamany, berkata kementeriannya telah menyusun beberapa strategi yang diyakini berkesan bagi menguruskan sumber air negara secara lestari dan mampan.

"Antara strategi tersebut adalah penyelarasan tarif air secara berterusan ke arah pencapaian kos sebenar perbekalan air mencakupi aspek pemuliharaan kawasan tadahan, kos rawatan dan agihan serta kos rawatan air kumbahan sebelum dilepaskan semula ke alam sekitar.
"Aspek penguatkuasaan dan pengawalan ke atas kes-kes kecurian dan pencemaran sumber air juga perlu ditingkatkan," katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Koh Chin Han mengenai tindakan kerajaan untuk memastikan bekalan air pada masa depan terpelihara berikutan bilangan penduduk negara kian meningkat dan sering berlaku kes gangguan bekalan air.

Devamany berkata kementerian turut memberi penekanan kepada penerokaan dan penggunaan sumber air alternatif seperti air hujan dan penggunaan air kumbahan terawat dari loji rawatan air kumbahan sebagai satu daripada sumber air utama bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air sedia ada.

Katanya, di bawah Pelan Induk Teknologi Hijau, kerajaan menyasarkan 50 peratus bahan enap cemar digunakan semula dan satu pertiga penggunaan semula efluen terawat menjelang tahun 2030.

Devamany juga menasihati orang ramai supaya sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan air bagi keperluan harian selain mengambil langkah seperti menggunakan air hujan bagi tujuan membasuh kereta dan menyiram tanaman agar dapat menurunkan penggunaan air terawat.

-- BERNAMA

 

Sumber :- http://www.astroawani.com/berita-malaysia/strategi-pengurusan-permintaan-air-jamin-bekalan-air-negara-terpelihara-153145

 

Video Competition

"My Food Label 2017"

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.