Laman Utama Berita Terkini Alam Sekitar PENYEBAB PENCEMARAN UDARA
PENYEBAB PENCEMARAN UDARA PDF Print E-mail
Written by Nurul Aina Ibrahim Istar   
Monday, 31 January 2011 10:41

Pencemaran, pencemaran, pencemaran. Di mana-mana sahaja pasti ada pencemaran. Tidak kiralah, pencemaran udara, bunyi, air, tanah, malah ada juga pencemaran mata.

Apa itu pencemaran? Bagaimana pencemaran boleh berlaku? Siapa yang mengundang pencemaran? Salah siapa dan tanggungjawab siapa? Hmmm...Kalau diikutkan, memang banyak boleh dikaitkan dengan pencemaran.

Bahan-bahan pencemaran boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu bahan-bahan pencemaran peringkat pertama dan peringkat kedua. Bagi pencemaran peringkat pertama, sumbernya boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu sumber semula jadi, sumber yang dihasilkan oleh kegiatan manusia dan sumber semula jadi yang digalakkan manusia.

Pencemaran peringkat kedua pula berlaku hasil daripada interaksi di antara dua ataupun lebih bahan-bahan pencemaran peringkat pertama, ataupun hasil daripada reaksi dengan komponen-komponen atmosfera sama ada disebabkan oleh kesan fotokimia ataupun tidak.

Seperti yang sedia maklum, sebahagian besar daripada bahan-bahan pencemaran yang terdapat di udara adalah hasil daripada kegiatan manusia secara langsung ataupun tidak. Terdapat juga bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh sumber semula jadi seperti letusan gunung berapi, kebakaran daripada kilat-petir di kawasan kerig terutama semasa musim kemarau, hempasan air laut, tiupan habuk berikutan angin kencang di kawasan tropika, sumber debunga serta bakteria dan virus.

Jika diikutkan, sejauhmana kesannya pencemaran yang dihasilkan oleh sumber semula jadi, jika dibandingkan dengan kegiatan manusia. Antara faktor utama yang menyumbang kepada pencemaran udara adalah proses pembakaran oleh manusia. Bahan-bahan cemar ini terbahagi kepada dua iaitu zarah (’abu’ dan ’sut’) dan gas. ’Abu’ merangkumi bahan organik dan bukan organik, manala ’sut’ pula ialah zarah-zarah karbon yang halus, yang merupakan komponen penting dalam asap.

Pencemaran gas berlaku akibat daripada pelbagai jenis gas yang dilepaskan ke udara seperti sulfur dioksida (SO2), karbon monoksida (CO), karbon dioksida (CO2), hidrokarbon (HC) dan oksida-oksida nitrogen (NOx). Biasanya, gas-gas ini dianggap sebagai pencemaran ’simbol status’ kerana beranggapan hanya negara-negara yang maju, membangun dan berteknologi tinggi sahaja yang mengalaminya. Oleh itu, sekiranya alam sekitar ingin dipelihara dan berubah kepada kehijauan, maka negara-negara inilah yang perlu berubah serta memainkan peranan mereka terlebih dahulu bagi mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau tersebut.

Nurul Aina Ibrahim Istar
Forum Air Malaysia

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.