| BAJET 2012 PERLU SEDIAKAN PERUNTUKAN UNTUK BEKALAN AIR DAN SANITASI |
|
|
|
| Written by Foon Weng Lian |
| Wednesday, 02 November 2011 05:21 |
|
Terdapat negeri, seperti Kelantan, yang telah lama menghadapi isu penurunan kualiti air sejak berdekad dahulu, telah meminta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Namun, Kerajaan Persekutuan tidak melayani permintaan tersebut atas sebab-sebab yang tertentu. Baru-baru ini, Indah Water Konsortium (IWK) telah menjadi tumpuan semula selepas hampir 11 tahun syarikat ini dimiliki oleh kerajaan. Melalui kertas kerja yang dikemukakan oleh 1Malaysia Development Berhad dan Puncak Niaga Sdn Bhd, kemungkinan akan berlakunya penswastaan terhadap IWK. Walau bagaimanapun, kurang peruntukan yang diberikan kepada sektor pembetungan, yang memerlukan kerja-kerja penaiktarafan bagi memastikan sistem sanitasi yang lengkap dan selamat. |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.