Laman Utama Berita Terkini Alam Sekitar MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
MENGHADAPI MUSIM KEMARAU PDF Print E-mail
Written by NURAINI BINTI KHALIL   
Monday, 03 November 2014 09:30

Hujan yang turun pada waktu petang dibeberapa kawasan adalah satu rahmat setelah musim kemarau yang  mencecah suhu 34-36oC membelenggu orang ramai selama tiga minggu ini. Sepanjang waktu kemarau ini, orang ramai lebih terkesan dengan laporan penurunan paras air empangan seperti yang disiarkan akhbar pada 12 Februari 2014 yang berkemungkinan besar akan memberi impak kepada bekalan air kepada orang ramai.

Dalam menghadapi musim kemarau ini, pemantauan empangan yang berterusan di seluruh negeri di Malaysia terutama Selangor yang mempunyai bilangan akaun pengguna paling tinggi adalah amat penting. Penyampaian maklumat seperti status empangan yang disiarkan akhbar dilihat sangat berguna kepada orang ramai untuk mengatahui apa yang sebenarnya berlaku agar mereka sentiasa bersiap sedia jika berlaku masalah gangguan air seperti catuan air berjadual semasa musim kemarau ini. Jika catuan air perlu dijalankan, ia perlulah dimaklumkan lebih awal dan diharap tidak mengganggu operasi institusi-institusi penting seperti hospital, tempat ibadah, pili bomba dan lain-lain. Maklumat seperti jadual lori tangki air atau tangki statik juga haruslah disebarkan kepada orang ramai.

Pengurusan sumber air alternatif seperti sebagai penggunaan air hujan dan air sisa terawatt dalam kegunaan bukan minuman harus diketengahkan yang mana dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air terawat dan sebagai salah satu  persediaan menghadapi musim kemarau.

Penggunaan air secara berhemah dan tidak membazir adalah perlu dikalangan pengguna dalam mengawal permintaan air yang tinggi dikalangan pengguna. Menurut laporan dari Malaysia Water Industry Guide 2013, pengguan air domestik percapita sehari telah meningkat dari 210 liter pada tahun 2011 kepada 212 liter dan dijangka akan terus meningkat jika perubahan dilakukan. Maka pendidikan pengguna yang berterusan dalam pengguan air secara berhemah adalah penting dalam memastikan penggunaan yang mampan bukan sahaja hanya tertumpu semasa musim kemarau malah pada hari-hari biasa. Selain itu, pembakaran secara terbuka serta pencemaran sumber air tidak seharusnya berlaku bagi mengelakkan keadaan dari bertambah parah.


Nuraini Binti Khalil
Forum Air Malaysia

 

Video Competition

"My Food Label 2017"

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.