| KEGANASAN RUMAH TANGGA MERUPAKAN ISU HAK ASASI MANUSIA |
|
|
|
| Written by Azwa Abdul Rahman |
| Monday, 17 January 2011 10:16 |
|
Program anjuran Women’s Aid Organization itu dihadiri lebih daripada 30 wakil NGO hak asasi manusia seluruh Malaysia. Program sehari itu membincangkan beberapa topik menarik termasuklah mengenai cabaran wanita dalam permasalahan keganasan rumah tangga. Dalam milenium yang memasuki tahun kesebelas ini, masih ramai yang beranggapan bahawa tugas wanita lebih tertumpu kepada rumah tangga dan anak-anak. Anggapan ini masih menebal dalam minda sesetengah individu yang menyebabkan keganasan terhadap wanita masih berleluasa, walaupun di negara membangun seperti Malaysia. Sehingga Julai 2010, jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia sebanyak 1,871 kes. Ini tidak termasuk kes-kes keganasan yang tidak dilaporkan.
|
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.