Laman Utama Berita Terkini Isu Makanan Cadangan kementerian wajar: Fomca
Cadangan kementerian wajar: Fomca PDF Print E-mail
Sunday, 24 June 2018 00:00

 

KUALA LUMPUR - Cadangan Kementerian Sumber Manusia menetapkan semua restoran di negara ini hanya guna khidmat tukang masak tempatan mulai 1 Julai adalah tindakan wajar.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, cadangan itu mampu menyelesaikan masalah yang pernah timbul sebelum ini terutama dari aspek kebersihan.

“Kita amat sokong langkah diambil kementerian  kerana kalau kita lihat sekarang, memang banyak restoran mengambil pekerja warga asing sebagai tukang masak kerana masalah kos.


“Tapi, sekiranya pekerja tempatan yang bekerja, ia sedikit sebanyak menjamin kebersihan, apatah lagi menu dihasilkan juga adalah masakan tempatan," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, dalam melaksanakan dasar itu,  kerajaan juga perlu memberi perhatian terhadap faktor penguatkuasaan.

"Kita juga tidak mahu dasar kerajaan ini boleh menimbulkan masalah kepada restoran-restoran ini dan mereka perlu diberi tempoh sewajarnya.

“Tapi dalam masa sama, penguatkuasaan lebih tegas perlu diambil, selain pengguna turut memainkan peranan kerana kita tahu kekangan kerajaan untuk memantau semua restoran yang ada di negara ini,” katanya.

Kelmarin, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.

Bagaimanapun, semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan bekerja di restoran mereka sebelum peraturan baharu itu dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019.

 

 

 

 

 

Sumber :: http://www.sinarharian.com.my/nasional/cadangan-kementerian-wajar-fomca-1.848426
24 Jun 2018 Sinar Harian Online

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.