Laman Utama Berita Terkini Isu Makanan Dengar keluhan pengguna isu AP: Fomca
Dengar keluhan pengguna isu AP: Fomca PDF Print E-mail
Monday, 09 July 2018 09:25

 

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berharap kerajaan baharu dapat mendengar apa sahaja yang disuarakan persatuan pengguna mengenai pemansuhan Permit Import (AP) yang membolehkan harga barang turun.

Timbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihaknya bersetuju AP dimansuhkan kerana terdapat unsur monopoli daripada segelintir pihak yang mendapat hak dan mereka akan memilih negara mana yang mereka suka.

 



Menurutnya, mengambil contoh tepung kebanyakannya diimport dari Australia atau Kanada dan ternyata berkualiti tinggi tetapi mahal sedangkan terdapat tepung yang ada harga murah seperti di Turki dan India.

“Sebenarnya kita boleh memilih harga yang lebih rendah tetapi disebabkan AP itu hanya kepada segelintir pihak sahaja mereka memilih negara mana yang dapat akhirnya kita dapat harga yang mahal.

“Sebab itu jika AP dimansuhkan sesiapa sahaja boleh mengimport dan kitapun ada pilihan dan bukan setiap masa hendak membeli tepung dengan harga yang mahal,” katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mansuh AP barang untuk pastikan harga turun]

Mohd Yusof berkata, pemansuhan AP adalah satu pilihan yang perlu bagi memberi peluang kepada rakyat untuk membeli dengan harga yang lebih rendah.

Katanya, pihaknya sudah lama meminta kerajaan memansuhkannya kerana AP ini menyekat, namun pada masa sama negara juga perlu memastikan tanaman negara berkembang supaya dapat bersaing dengan negara luar.

“Kitapun bukannya negara pengeluaran tanaman, sebahagian kita import, jadi tiada maknanya kita menghadkan  dari segi kemasukan, cuma perlu memastikan tanaman yang masuk itu dalam keadaan baik dan tiada lambakan.

“Isu pemansuhan sudah lama diutarakan kita bersetujulah dengan langkah pemansuhan supaya dapat membuka ruang dan memulihkan mana-mana pihak untuk mengimport dan pengguna mendapat kebaikan dengan harga  rendah,” katanya.






Sumber :: http://www.sinarharian.com.my/nasional/dengar-keluhan-pengguna-isu-ap-fomca-1.853707
7 Julai 2018, Sinar Online

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.