Laman Utama Berita Terkini Isu Makanan MAKANAN DAN MIKRORGANISMA YANG MENYEBABKAN PENCEMARAN MAKANAN
MAKANAN DAN MIKRORGANISMA YANG MENYEBABKAN PENCEMARAN MAKANAN PDF Print E-mail
Thursday, 17 June 2010 12:44

Makanan merupakan sumber tenaga bagi pertumbuhan dan kehidupan seharian.

Ia juga merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia. Sumber makanan kita diperolehi dari tumbuh-tumbuhan, dan haiwan.

Penyediaan makanan dengan cara yang bersih dan sihat akan dapat menjamin keselamatan makanan. Walau bagaimanapun, kita masih diancam dengan pelbagai masalah pencemaran makanan yang membawa kepada kemudaratan.

Mikroorganisma – Pencemar Makanan
Mikroorganisma adalah organisma yang sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.

Mikroorganisma berbahaya yang mencemari makanan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya kepada golongan yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah seperti kanak-kanak, wanita yang mengandung dan warga tua.

 

Jenis-jenis Mikrorganisma Yang Menyebabkan Pencemaran Makanan

Standard Keselamatan Makanan
Penghasilan dan cara penyediaan makanan dengan cara  yang bersih  sangat penting untuk menghindari penyakit yang disebabkan oleh pencemaran makanan.

Pengilang-pengilang dan pembuat makanan harus mengamalkan amalan yang baik ketika mengendalikan makanan.

Untuk membantu para pengilang dan pembuat makanan menyediakan makanan yang selamat, Jawatankuasa Teknikal Sistem Keselamatan Makanan (Food Safety System) telah menyemak semula Standard Malaysia mengenai Panduan Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practises – GMP)

Panduan ini menerangkan dengan jelas mengenai cara sebuah premis harus beroperasi bagi mencegah sebarang pencemaran makanan yang dihasilkan.

Adalah juga penting sebagai seorang pengguna, kita mengamalkan sikap berhati-hati apabila membeli atau menyediakan makanan supaya keselamatan makanan terjamin.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.