Laman Utama Berita Terkini Isu Makanan KEBERSIHAN MENGELAKKAN KERACUNAN MAKANAN
KEBERSIHAN MENGELAKKAN KERACUNAN MAKANAN PDF Print E-mail
Tuesday, 12 April 2011 12:41

Media massa sering menyiarkan berita tentang keracunan makanan, terutamanya yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak sekolah yang makan di kantin atau di asrama sekolah.

Menteri kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam laporan media mengatakan bahawa, pada tahun 2009, sebanyak 303 kes keracunan makanan, manakala pada tahun 2010, sebanyak 313 kes keracunan makanan telah dilaporkan di seluruh negara. Beliau juga berkata sebanyak 50 peratus daripada 311 kes keracunan makanan yang dilaporkan sepanjang 2010, berlaku di kantin sekolah.

Keracunan makanan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia juga boleh membawa kematian kalau masalah keracunan yang dialami adalah kritikal, terutamanya kepada kanak-kanak yang masih lemah daya pertahanan diri mereka. Oleh itu keselamatan makanan hendaklah diberi perhatian.

Keselamatan makanan bermakna apabila makanan dimakan, ia tidak mengandungi bahan pencemaran pada paras yang berbahaya.  Semua orang, sama ada yang menghasilkan, mengeluarkan, mengedarkan, menyediakan atau memakan makanan, adalah sebahagian daripada rangkaian makanan.  Oleh itu, keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama yang memerlukan usaha setiap sektor,  iaitu kerajaan, industri makanan dan pengguna.

Salah satu sebab mengapa keracunan makanan sering berlaku adalah pengendalian makanan yang tidak sempurna di rumah. Mengendalikan makanan dengan cara yang selamat adalah penting untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan para pelanggan, terutama sekali ketika menyediakan makanan untuk bayi, kanak-kanak, wanita hamil, orang tua dan mereka yang menghidapi masalah imuno.  Golongan ini lebih mudah mendapat keracunan makanan daripada orang dewasa yang sihat.

Dengan melaksanakan beberapa amalan mudah dan baik, ia dapat mengelakkan pencemaran serta pertumbuhan dan pembiakan bakteria dalam makanan. Antara amalan tersebut ialah:
• Pilih makanan dengan teliti.
• Cuci dan simpan bersih.
• Asingkan makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak.
• Masak makanan dengan sepenuhnya.
• Simpan makanan pada suhu yang selamat.

Sebagai  pengguna ,  anda  mempunyai   kawalan  secara   langsung   ke   atas keselamatan makanan yang disediakan untuk diri dan keluarga anda.  Anda boleh melakukan ini dengan melengkapi diri anda dengan ilmu pengetahuan mengenai risiko keselamatan makanan, dan amalan makanan yang selamat bagi mengelakkan risiko tersebut.  Anda juga boleh menghadiri atau menghantar anak-anak anda untuk ceramah mengenai keselamatan makanan. Dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai, anda boleh memainkan peranan dalam melindungi kesejahteraan diri dan keluarga anda.

Industri makanan juga bertanggungjawab bagi keselamatan makanan yang ditawarkannya kepada pengguna. Pengeluar, pengimport dan pengedar makanan perlu mengekalkan piawaian keselamatan yang tinggi dengan mematuhi syarat-syarat yang ketat. Pengusaha industri makanan yang bertanggungjawab meningkatkan keyakinan awam terhadap produk mereka dengan merangkumkan program memastikan keselamatan makanan dan amalan kebersihan di dalam operasi mereka. 

Oleh kerana keracunan makanan di kantin sekolah menjadi isu yang hangat, pihak sekolah dan pengusaha kantin harus memainkan tanggungjawab bagi menggelakkan berlakunya keracunan makanan.

Antara langkah yang perlu diambil oleh pengusaha kantin adalah seperti berikut:
• Pengusaha kantin sekolah haruslah lebih bertanggungjawab tanpa mementingkan keuntungan
• Baki lebihan makanan tidak boleh dijual atau dihidangkan semula kepada murid-murid.
• Menjaga kebersihan diri pekerja dari segi pakaian, fizikal dan kesihatan.
• Penyediaan makanan hendaklah sempurna dengan memastikan bahan penyadiaan hendaklah dibersihkan dengan baik, sistem penyimpanan makanan hendaklah dikawal, bahan tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan dan bahan yang telah tercemar hendaklah dibuang secara teratur
• Persekitaran memasak hendaklah dipastikan sentiasa bersih, iaitu kawasan memasak/kantin (lantai) mesti bersih, kantin mesti berjauhan daripada tempat pembuangan sampah, sistem perparitan berhampiran kantin mesti bersih dan sempurna

Antara langkah yang harus dilakukan oleh pihak sekolah dalam menangani masalah ini adalah seperti berikut:
• Melakukan Pemantauan secara berterusan oleh pihak sekolah, sama ada secara secara berjadual atau secara mengejut.
• Mengenakan kompaun kepada pengusaha.
• Menggantung dan membatalkan lesen/tender pengusaha sehingga tahap piawaian kesihatan memuaskan.
• Menganjurkan ceramah kesedaran kepada kanak-kanak tentang betapa pentingnya keselamatan makanan dan bagaimana memastikan makanan yang mereka makanan adalah bersih dan selamat.

Vanitha Vasu
Forum Air Malaysia

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.