Laman Utama Berita Terkini Isu Umum Cadang laksana cukai pelancongan dalam dua fasa
Cadang laksana cukai pelancongan dalam dua fasa PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Wednesday, 14 June 2017 09:11

 

KUALA LUMPUR 13 Jun - Kerajaan disaran mempertimbangkan supaya cukai pelancongan yang bakal dikuatkuasakan pada 1 Julai ini dibahagikan kepada dua fasa bagi memastikan pelaksanaanya diterima baik oleh semua pihak terlibat.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mencadangkan supaya fasa pertama pelaksanaan cukai itu hanya ke atas pelancong dari negara luar sahaja.

Beliau percaya bahawa kadar cukai pelancongan sehingga RM20 ke atas hotel bertaraf lima bintang tidak akan mempengaruhi keputusan pelancong asing untuk bercuti di negara ini.

Sebaliknya, Cheng Guan yakin dengan cara itu kerajaan dapat menambah dana bagi mempromosi pelancongan dan pada masa sama rakyat tempatan tidak terbeban dengan cukai baharu itu.

“Fasa kedua cukai ini pula boleh dilaksanakan setelah beberapa interaksi dilakukan bersama pemain industri dan persatuan hotel di mana persetujuan bersama dapat dicapai.

“Saya berpendapat ini merupakan satu situasi menang-menang bagi semua pihak dan pada masa sama dapat meredakan sedikit ketegangan yang timbul antara beberapa Menteri Persekutuan, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu, pelaksanaan cukai pelancongan akan tetap diteruskan bermula 1 Julai ini yang menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 satu malam untuk sebuah bilik hotel.


Mengulas lanjut, Cheng Guan berkata, beliau sedar mengenai peruntukan kementerian yang berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.

Namun, beliau percaya bahawa ada beberapa cara lain yang boleh diterokai secara bersama bagi memastikan cukai itu di­terima dengan baik oleh semua pihak dalam usaha kementerian menambah pendapatan dan meningkatkan industri pelancongan negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan juga senada dengan Cheng Guan dengan menegaskan bahawa lebih wajar cukai pelancongan itu dikenakan kepada pelancong asing berbanding rakyat tempatan.

“Dengan peningkatan kos sara hidup, pelaksanaan cukai ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat tempatan. Kalau mereka mahu bercuti di dalam negara pun dikenakan cukai, saya fikir pelaksanaan ini akan memberi beban kepada rakyat,” jelasnya.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Ma­laysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman pula berkata, pelaksanaan cukai itu tidak praktikal kepada rakyat tempatan, lebih-lebih lagi dengan perubahan trend percutian di negara ini.

“Saya beri contoh musim perayaan, ada dalam kalangan rakyat yang tidak tidur di rumah keluarga disebabkan ruang kecil dan sebagainya, jadi mereka memilih tidur di hotel. Adakah mereka wajar dikenakan cukai? Adakah mereka boleh dikira sebagai pelancong di kampung sendiri?” ujar beliau.

Presiden Persa­tuan Agensi-agensi Pelanco­ngan dan Pengembaraan Bumipu­te­ra Malaysia (Bumitra), Harith Mohd. Ali pula bersetuju sekiranya cukai pelancongan dikenakan hanya kepada pelancong asing sahaja dan menegaskan langkah itu pada masa sama mampu membantu pelancong serta sektor pelancongan tempatan.

Sumber :- http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cadang-laksana-cukai-pelancongan-dalam-dua-fasa-1.493028

 

 

 

Video Competition

"My Food Label 2017"

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.