Laman Utama Berita Terkini Isu Umum Harga barang dijangka naik
Harga barang dijangka naik PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Saturday, 30 June 2018 00:00

 

Kuala Lumpur: Harga barangan dijangka meningkat berikutan kenaikan tarif elektrik pengguna komersial, sekali gus menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun peningkatan tarif elektrik berkenaan hanya membabitkan sektor komersial timbul kebimbangan pengilang dan peniaga meletakkan kos berkenaan kepada pengguna.

Beliau berkata, ada segelintir pihak yang sentiasa mengambil peluang dengan menaikkan harga barangan jualan masing-masing apabila berlakunya peningkatan kadar caj bahan api, elektrik dan air.

“Kita kena lihat perkara ini secara meluas iaitu berbincang dengan pihak berkepentingan supaya pengguna tidak terbeban berikutan peningkatan harga barangan.

 

 

 

“Melihat kepada keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, adalah lebih baik perkara ini dielakkan kerana kos sara hidup pasti meningkat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Usahawan Digital Selangor, Mohd Adzim Rahman berkata, peniaga yang bergantung kepada elektrik untuk menjana pendapatan kemungkinan besar akan terkesan dengan kenaikan tarif elektrik berkenaan.

“Industri elektronik atau yang membabitkan penggunaan jentera dan mesin pasti terkesan dengan peningkatan tarif itu , sekali gus meningkatan kos operasi mereka dan akhirnya harga barang naik,” katanya.

Berikutan peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj, kerajaan memutuskan kos itu dilepaskan dalam bentuk surcaj, kos tak berimbang (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember depan.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataan semalam memaklumkan kerajaan turut menetapkan surcaj ICPT itu dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh sama.

“Pelarasan ICPT ini tidak membabitkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tidak melebihi
300 kWj.

“Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik, iaitu dianggarkan antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0% cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan itu.



 

 

Sumber :: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/353185/harga-barang-dijangka-naik

30 Jun 2018 Harian Metro

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.