Laman Utama Berita Terkini Isu Umum FAHAMI TENTANG KHIDMAT PEMBANTU RUMAH ASING
FAHAMI TENTANG KHIDMAT PEMBANTU RUMAH ASING PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 03 September 2010 11:19

Agensi pembantu rumah asing menyediakan perkhidmatan membekal pembantu rumah asing kepada majikan di Malaysia. Negara kita mendapat sumber pembantu rumah dari negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina, Sri Lanka, India, Vietnam dan Laos.

Terdapat beberapa syarat kelayakan untuk menjadi majikan dan pembantu rumah asing. Syarat–syarat kelayakan tersebut ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Syarat-syarat kelayakan pembantu rumah asing ialah:-

 

  1. Perempuan;
  2. Berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun;
  3. Disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn Bhd;
  4. Berada di negara asal; dan
  5. Masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diperoleh di pejabat perwakilan Malaysia di negara berkenaan

Syarat-Syarat kelayakan Majikan ialah:-

  1. Majikan mestilah bekerja;
  2. Hanya satu pembantu rumah asing sahaja untuk satu keluarga;
  3. Untuk memohon pembantu rumah asing kedua mestilah mempunyai alasan yang kukuh;
  4. Majikan yang telah diisytiharkan muflis tidak layak memohon; dan
  5. Kelayakan gaji untuk majikan

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima pelbagai aduan tentang perkhidmatan agensi pembantu rumah asing setiap tahun. Jumlah aduan yang diterima antara tahun 2006 hingga 2009 seperti berikut:



Jenis-jenis aduan yang diterima boleh dikategorikan seperti dibawah:-

BAYARAN TERLAMPAU TINGGI (OVERCHARGING)
Agensi pembantu rumah asing mengenakan bayaran terlampau tinggi untuk

  1. cukai / Levy
  2. kebenaran untuk masuk / permit
  3. proses imigresen / Immigration process
  4. Tiket dan sebagainya
  5. Pengangkutan
  6. Insurans P.A
  7. Makanan dan tempat tinggal
  8. Pos dan dokumen
  9. Bayaran untuk pengambilan pembantu
  10. Bayaran agensi dan 5% servis tax
  11. Bayaran perubatan
  12. Bayaran stamp dan bank

KEGAGALAN PEMULANGAN WANG DEPOSIT SELEPAS PEMBATALAN KONTRAK/PERJANJIAN
Agensi-agensi pembantu rumah asing selepas gagal menunaikan janji untuk membekal pembantu dalam masa yang dijanjikan tidak memulangkan wang deposit. Pengguna terpaksa menelefon berkali-kali untuk mendapatkan balik wang tersebut atau langsung tidak dapat.

KITAR SEMULA PEMBANTU RUMAH ASING / PEMBANTU LARI DARI RUMAH DAN BAYARAN TERLAMPAU TINGGI UNTUK PENGGANTIAN PEMBANTU BARU
Agensi pembantu rumah asing telah membuat empat kali ganda untung daripada pembantu rumah asing yang melarikan diri. Ini adalah salah satu cara tipu muslihat yang digunakan dikenali sebagai “recycle maid”. Ini bermakna selepas tiga bulan, pembantu rumah asing mula memberi masalah kepada majikan dan akhirnya melarikan diri kepada agensi. Agensi tersebut menghantar pembantu tersebut kepada rumah lain dan proses ini berlanjutan. Dalam setahun seorang pembantu rumah boleh dikitar semula sebanyak empat kali. Caj yang dikenakan kepada majikan untuk perkhidmatan pembantu adalah lebih kurang RM6,000. Kegiatan kitar semula itu membolehkan agensi pekerjaan telah mendapat keuntungan RM24,000 setahun. Majikan mesti membuat laporan polis apabila pembantu rumah melarikan diri, walaupun ada juga agensi yang tidak membenarkan majikan membuat laporan polis. Tujuan untuk membuat laporan polis untuk mengelakan diri daripada apa-apa tanggungjawab terhadap pembantu rumah yang melarikan diri.

MAKLUMAT TIDAK TEPAT / TIDAK ADA PENGALAMAN ATAU LATIHAN

Agensi pembantu menunjukkan biodata pembantu dan memberikan maklumat palsu tentang kemahiran pembantu rumah asing dalam sesuatu bidang,  sebaliknya pembantu tersebut tiada pengalaman.

KONTRAK LEBIH KEPADA SEBELAH AGENSI PEMBANTU RUMAH
Draf kontrak yang disediakan oleh agensi dan terma-terma dalam kontrak adalah lebih berpihak kepada agensi sendiri atau melindungi mereka daripada sebarang tanggungan.

PEMBANTU MEMBAWA PENYAKIT

Pembantu rumah asing yang gagal membuat pemeriksaan kesihatan tidak dibenarkan bekerja. Mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn Bhd. Walaupun melalui pemeriksaan dari FOMEMA masih terdapat pembantu rumah asing berpenyakit yang dibekal oleh agensi.

MASALAH TINGKAH LAKU
Apabila pembantu tersebut mula bekerja sikap mereka bertukar dan enggan melaksanakan tugas yang diberikan atau gagal mengikut arahan majikan. Pembantu rumah tidak suka membuat kerja dan tidak mendengar arahan walaupun selepas kaunseling daripada pihak agensi. Mereka selalu berpura tidak sihat yang menyebabkan tidak dapat membuat kerja dengan baik, menjaga anak atau orang tua majikan.

Majikan juga berhak untuk membatal perkhidmatan agensi pembantu rumah asing jika pembantu rumah asing memberikan masalah berterusan atau tidak berpuas hati dengan perkhidmatan. Mengikut Seksyen 63(3) Akta Pelindungan Pengguna 1999 notis pembatalan diberikan dalam bentuk bertulis. Majikan yang ingin membatal perkhidmatan agensi mesti memberi surat pembatalan kepada agensi bersama menyatakan sebab-sebab pembatalan. Seksyen 64 (1) Akta Pelindung Pengguna 1999 menyatakan  pengguna berhak untuk mendapat bayaran balik dari wang yang telah dibayar melainkan jika mahkamah atau tribunal mengikut mana-mana yang berkenaan, memerintahkan bahawa pembekal boleh menyimpan semua atau mana-mana bahagian wang yang telah dibayar. Kebiasaanya agensi hanya akan memulangkan baki “advance salary” daripada bayaran yang telah  dibuat.

Majikan pembantu rumah asing juga mempunyai tanggungjawap tersendiri untuk menjaga pembantunya seperti menyediakan kemudahan bilik tinggal yang sesuai dan lengkap dengan kemudahan asas, makanan berkhasiat dan rehat secukupnya. Majikan bukan islam mestilah menghormati pembantu rumah yang beragama Islam dengan membenarkannya melakukan ibadat atau puasa bulan Ramadan atau tidak menyuruh melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan agama Islam. Gaji hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan dan menyimpan rekod-rekod bayaran gaji tersebut. Paling penting ialah majikan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada pembantunya.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.