Laman Utama Berita Terkini Isu Umum DUTI SETEM PERJANJIAN JUAL BELI RUMAH
DUTI SETEM PERJANJIAN JUAL BELI RUMAH PDF Print E-mail
Written by Deivigarani Krishna   
Thursday, 12 May 2011 12:44

Apabila pengguna hendak membeli rumah mereka perlu membayar duti setem seperti diperuntukkan di bawah Akta Setem 1949.

Selepas perjanjian jual beli ditandatangani oleh pembeli dan penjual, pembeli akan memohon pinjaman bank untuk pembelian rumah tersebut.

Pada masa yang sama sebelum permohonan pinjaman diluluskan pembeli tersebut akan membayar duti setem kepada peguam mereka. Peguam pembeli akan membayar duti setem tersebut kepada pejabat Duti Setem di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jika permohonan pinjaman berjaya diluluskan, maka pembeli tersebut tidak akan mempunyai apa-apa masalah. Apakah akan terjadi jika permohonan pinjaman tidak diluluskan?

Jika permohonan pinjaman tidak diluluskan, pembeli tersebut tidak dapat membeli rumah tersebut dan dia akan mengalami kerugian dalam pembayaran duti setem yang dibuat.

Sebagai pengguna anda harus mengetahui tentang kelayakan anda untuk membuat pinjaman daripada pihak bank. Sebelum mendapat surat kelulusan permohonan daripada bank, pengguna tidak boleh membuat bayaran kepada duti setem.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional

 

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.