| PERKHIDMATAN SISTEM PEMBETUNGAN DI MALAYSIA |
|
|
|
| Written by Vanitha Vasu |
| Thursday, 19 May 2011 10:54 |
|
Di Malaysia, perkhidmatan pembetungan terbahagi kepada dua jenis iaitu sistem pembetungan bersambung terus ke loji rawatan kumbahan awam dan sistem tangki septik individu. Pada masa kini terdapat lebih daripada 6,000 buah sistem rawatan kumbahan jenis bersambung dan 1.3 juta sistem tangki septik individu di Semenanjung Malaysia. Sistem pembetungan bersambung ke loji rawatan kumbahan awam merupakan perkhidmatan yang menyambungkan saluran paip pembetungan di rumah ke loji rawatan kumbahan awam yang terletak di laur kawasan premis. Premis yang mempunyai sistem pembetungan bersambung ke loji pada lazimnya mempunyai satu “ruang pemeriksaan” yang ditutupi dengan satu penutup logam bersegi empat tepat. Ia biasanya terletak di luar kawasan premis sama ada di hadapan, belakang atau tepi premis.
Di dalam ruang pemeriksaan adalah saliran paip daripada tandas, bilik-bilik mandi dan dapur yang disambungkan ke loji olahan kumbahan melalui saliran paip pembetungan awam bawah tanah. Sekiranya saliran paip tersumbat, pemeriksaan dan pengeluaran sekatan dijalankan melalui ruang pemeriksaan ini. Walau bagaimanapun pemilik premis perlu bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan atau tersumbat jika masalah didapati pada saluran paip pembetungan persendirian. Adakalanya, tangki septik tersebut berada di dalam premis yang telah diubah suai. Kumbahan (najis) yang mengalir ke dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya. Oleh itu tangki septik tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali; untuk memastikan ia berfungsi dengan efisien. |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.