Laman Utama Berita Terkini Kempen PERTANDINGAN MEWARNA FOMCA MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN
PERTANDINGAN MEWARNA FOMCA MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 26 April 2010 11:00

Petaling Jaya, 19 April 2010 – Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) telah mengadakan Pertandingan Mewarna Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2010 di pasar raya Giant Bandar Kinrara dan Bukit Tinggi Klang pada 17 April dan 18 April 2010.

Seramai 467 kanak-kanak telah mengambil bahagian di pasar raya Giant Bandar Kinrara, manakala di pasar raya Giant Bukit Tinggi Klang pula seramai 194 kanak-kanak terlibat.


Pemenang pertandingan mewarna telah menerima hadiah hamper yang disumbangkan oleh GCH Retails  (M) Bhd, iaitu pemilik pasar raya besar Giant. Selain itu, PEMANIS Sandiland (M)Sdn Bhd menjadi penaja minuman pertandingan mewarna. Semua peserta diberikan sijil penyertaan.

Pertandingan mewarna ini merupakan sebahagian daripada  program pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2010, yang dianjurkan oleh FOMCA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

FOMCA telah memulakan program siri jelajah, yang melibatkan pertandingan mewarna semenjak 27 Mac dan dijangkakan berakhir pada 10 Julai 2010.

Pertandingan mewarna diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, yang melibatkan 23 Pasar raya Giant dan 6 kawasan komuniti. Pertandingan yang terbahagi kepada 3 kategori terbuka kepada kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 12 tahun.

Acara tahunan ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepenggunaan dalam kalangan pelajar sekolah dan masyarakat umum. FOMCA juga berharap peserta program dapat menukar minda dan perlakuan mereka melalui kesedaran dan mewujudkan perubahan gaya hidup ke arah penggunaan berhemat.

Di samping mewarna, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan kepenggunaan menerusi pameran dan risalah yang diedarkan. Peserta juga diberikan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dan menggantikan beg kertas atau beg Kempen Konsumer Kebangsaan (3K). Beg 3K ini diedarkan kepada semua peserta pertandingan mewarna.

Selain pertandingan mewarna ini, FOMCA turut mengadakan Pertandingan lain seperti Melukis Poster, Mengarang Esei, Melukis Kartun, Fotografi, Buku Skrap& Folio dan Blog Kepenggunaan.

Semua pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, menengah, mahasiswa IPT dan orang awam. Tarikh tutup penyertaan pertandingan ialah pada 18 Jun 2010 dan untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.mypengguna.com.

Siti Rahayu Zakaria
22 April 2010

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.