Laman Utama Berita Terkini Kempen SOKONGLAH KEMPEN `HARI TANPA BEG PLASTIK’
SOKONGLAH KEMPEN `HARI TANPA BEG PLASTIK’ PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 28 June 2010 10:09

Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' telah mengisytiharkan pada setiap hari Sabtu di negeri Selangor bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. Pada hari tersebut, beg plastik tidak akan diberikan kepada pelanggan untuk menggalakkan mereka membawa beg sendiri. Sekiranya pengguna inginkan beg plastik, mereka perlu membayar sebanyak 20 sen bagi setiap beg plastik.

Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' ini bertujuan bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa. Sebagai penggantinya, orang ramai digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam. Bahan campuran kimia boleh merosakkan keseimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global. Bumi ini merupakan satu-satunya rumah bagi manusia, flora dan fauna.

Kenapa masih ramai individu yang berpendidikan, tetapi bersikap seolah-olah memekakkan telinga dan memejamkan mata mengenai kempen ‘hari tanpa beg plastik’?

Ada juga pengguna yang tidak berpuashati tentang kempen tersebut, malah menganggap ia merupakan taktik peniaga untuk mengaut keuntungan dengan menjual beg plastik. Pengguna perlu sedar tentang tujuan kempen ini dan perlu menyokong bagi menyelamatkan bumi kita.

Di manakah pula perginya wang bayaran beg plastik tersebut? Mengikut kajian, bayaran yang dikenakan akan disalurkan kepada tabung kebajikan. Jadi berusaha untuk  bersama-sama terlibat dalam menjaga alam sekitar dan menyokong kempen ini demi kesejahteraan generasi akan datang. Jadilah pengguna bijak dengan mengelak diri daripada menambah bahan toksin di dalam bumi kita.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
28 Jun 2010

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.