Laman Utama Berita Terkini Kempen JEMPUTAN KE KONSULTASI KEBANGSAAN SUHAKAM
JEMPUTAN KE KONSULTASI KEBANGSAAN SUHAKAM PDF Print E-mail
Written by Ravin Karunanidhi   
Tuesday, 20 September 2011 09:23

Sukacita dimaklumkan bahawa ERA Consumer Malaysia dengan kerjasama sokongan oleh Kedutaan Finland akan menganjurkan satu sesi rundingan umum kebangsaan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2009 yang bertajuk “SUHAKAM After 10 Years: A Review of Human Rights in Malaysia”.

Sesi ini bertujuan bagi membentangkan ulasan terhadap laporan-laporan tahunan ini serta memberikan peluang kepada pihak-pihak berkepentingan memberikan pandangan terhadap peranan dan prestasi SUHAKAM dalam menangani isu-isu hak asasi manusia yang berbangkit serta akauntabiliti SUHAKAM dalam membela hak –hak ini sepanjang tempoh tersebut.

Sehubungan dengan itu, diharapkan tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menjayakan program ini.

Butiran program adalah seperti berikut;

Tarikh: 26hb September 2011
Masa: 2.00pm – 5.30 pm
Tempat: Hotel Bayview, Georgetown, Penang

Kami mengalu-alukan wakil dari setiap organisasi/firma/agensi dan tiada sebarang yuran dikenakan. Penyertaan pihak tuan/puan amatlah penting bagi kejayaan program ini mencapai objektifnya.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Ravin Karunanidhi di +603–7876 4648 atau +603 7877 4741 atau emel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Pihak tuan/puan diminta untuk mengesahkan kehadiran sebelum 22 September 2011.

Ravin Karunanidhi
Human Rights Desk
ERA Consumer Malaysia

 

 

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.