| TAHUN 2012: TAHUN ANTARABANGSA UNTUK PENGGUNAAN TENAGA SECARA LESTARI UNTUK SEMUA |
|
|
|
| Written by Thanesh Kumar |
| Monday, 09 January 2012 14:53 |
|
"Tenaga Lestari" bermaksud tenaga yang dihasilkan dan digunakan dengan cara yang boleh menyokong pembangunan manusia dalam jangka panjang dan merangkumi dimensi sosial, ekonomi dan alam sekitar. Pada masa yang sama, kebimbangan tentang perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar telah menekankan kepentingan menggunakan bentuk-bentuk tenaga yang mampan sebagai matlamat jangka panjang.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon telah mendapatkan kerjasama bahagian tenaga PBB dan United Nations Foundation untuk mengetuai satu inisiatif peringkat global baru bagi mencapai penggunan tenaga secara lestari untuk semua. Inisiatif ini akan melibatkan sektor kerajaan, swasta dan masyarakat sivil di seluruh dunia untuk mencapai tiga objektif utama menjelang tahun 2030, iaitu:
Antara pencapaian yang diharapkan dalam tahun 2012 oleh PBB adalah:
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) juga telah menyertai PBB dan agensi-agensi lain dalam usaha untuk menyediakan setiap orang untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan tenaga yang moden menjelang 2030, yang dijangkakan lebih daripada satu bilion orang dapat diselamatkan daripada menikmati kemudahan tenaga yang melampau.
Kerajaan Malaysia, terutamanya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) bersama Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) hendaklah memberikan perhatian kepada inisiatif-inisiatif PBB untuk Tahun 2012, Tahun Antarabangsa Untuk Pengunaan Tenaga Secara Lestari Untuk Semua dan turut menjayakannya di peringkat kebangsaan. Malah usaha perlu dilakukan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara contoh bagi Tenaga Lestari di rantau Asia Tenggara. |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.