Laman Utama Berita Terkini Keselamatan Produk KRIM PELEKAT GIGI POLIDENT SELAMAT DIGUNAKAN
KRIM PELEKAT GIGI POLIDENT SELAMAT DIGUNAKAN PDF Print E-mail
Saturday, 20 February 2010 06:00

GlaxoSmithKline (GSK) mengumumkan bahawa produknya, Krim Pelekat Gigi Polident (Polident Denture Adhesive Cream) yang dipasarkan di Malaysia, selamat dan berkesan apabila digunakan menurut arahan yang ditetapkan.

Pengumuman ini dibuat selepas syarikat induk GSK, iaitu GlaxoSmithKline PLC menarik balik secara sukarela produk pelekat gigi yang mengandungi zink, yang dikatakan boleh menyebabkan risiko keselamatan apabila digunakan dalam tempoh yang lama.

GSK telah didakwa di mahkamah kerana telah menjual produk pelekat gigi yang mengandungi zink.

Sekumpulan pengguna di California  mendakwa GSK telah menjual krim pelekat gigi super poligrip yang mengandungi zink, walaupun menyedari bahawa zink boleh menyebabkan masalah keselamatan yang serius, termasuk penyakit neurologik.

GSK mengatakan produk Krim Pelekat Gigi Polident yang dijual di Malaysia tidak mengandungi zink. Oleh itu ia tidak terlibat de penarikan balik itu.

Mohd Yusof Abdul Rahman

19 Februari 2010

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.