Laman Utama Berita Terkini Keselamatan Produk ADAKAH ANAK ANDA SELAMAT KETIKA DALAM KENDERAAN?
ADAKAH ANAK ANDA SELAMAT KETIKA DALAM KENDERAAN? PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 07 June 2010 10:58

Memiliki kenderaan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan pengguna. Pertumbuhan ekonomi yang pesat, pendapatan masyarakat yang meningkat, perkembangan industri kereta, standard hidup yang lebih tinggi dan skim pembiayaan yang menarik serta promosi hebat oleh institusi kewangan menjadi  faktor penarik kepada pengguna untuk memiliki kenderaan persendirian dengan mudah.

Di pasaran kini, terdapat pelbagai kenderaan untuk memenuhi citarasa pelanggan dengan pilihan yang berbeza dan keperluan masing-masing, contohnya kenderaan super utiliti (SUV), kenderaan serba guna (MPV), sedan, sukan dan banyak lagi. Menurut Persatuan Automotif Malaysia, pada tahun 2010 dianggarkan bahawa terdapat 536,905 kenderaan yang telah berdaftar di Malaysia, yang meliputi kenderaan penumpang dan kenderaan perdagangan.


Memang mudah untuk memiliki kereta, namun untuk menjamin keselamatan kenderaan tersebut pada setiap masa  merupakan satu cabaran.

Menurut Laporan Dunia tentang Pencegahan Kecederaan Aliran Lalu Lintas, lebih daripada 1.2 juta orang meninggal dunia, manakala seramai 50 juta orang pula mengalami kecederaan di jalan raya di seluruh dunia setiap hari. Jumlah ini dijangka akan meningkat sekitar 65 peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang kecuali jika ada langkah-langkah efektif diambil untuk mencegah kemalangan berlaku.

Di Malaysia sahaja, terdapat 397,330 kemalangan jalan raya pada tahun 2009, yang mengorbankan 6,745 nyawa (sumber PDRM).

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kecacatan akibat kemalangan jalan raya. Antaranya, kecuain pengguna jalan raya itu sendiri, faktor persekitaran, sikap pemandu, reka bentuk jalan dan banyak lagi. Satu masalah utama yang  kita harus beri perhatian ialah ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan itu sendiri.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima aduan sebanyak 314 tentang industri kereta. Pengguna tidak berpuas hati terhadap kenderaan yang mereka beli kerana tidak mematuhi standard. Selain itu, beberapa ciri keselamatan pada kereta mereka tidak berfungsi dengan baik. Ini boleh menimbulkan risiko keselamatan serius kepada mereka yang menaiki kereta tersebut.

Di beberapa negara, disebabkan oleh kurangnya penguatkuasaan undang-undang dan ketiadaan undang-undang, maka beberapa aspek keselamatan dalam kenderaan tidak diambil serius sehingga menyebabkan banyak nyawa terkorban dalam sebuah kemalangan di jalan raya.

Tali pinggang keselamatan merupakan cara yang sangat berkesan untuk mengurangkan kecederaan serius dan kematian bagi penumpang di dalam kereta. Tali pinggang keselamatan berfungsi untuk menahan kedudukan penumpang daripada tempat duduknya apabila berlaku kemalangan. Tanpa tali pinggang keselamatan,  jika kemalangan, walaupun pada kelajuan 48km/h, seseorang penumpang mempunyai risiko untuk tercampak ke hadapan dengan kekuatan antara 30 dan 60 kali berat badan. Tali pinggang keledar, booster dan kerusi khas untuk kanak-kanak dan bayi merupakan cara yang sangat berkesan untuk mengurangkan kecederaan serius dan kematian kanak-kanak dalam kereta.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah melakukan satu kajian tentang aksesibiliti tali pinggang keselamatan di Malaysia. Kajian dan pemerhatian telah dilakukan di beberapa lokasi di seluruh Malaysia untuk mewakili situasi di negara ini. Daripada 4,994 buah kenderaan penumpang yang telah dikaji melalui pemerhatian, didapati  penumpang di tempat duduk belakang adalah seramai 7,465 orang, dan 57% daripadanya adalah kanak- kanak dan 43% orang dewasa.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, kerusi keselamatan kanak-kanak  telah berjaya mengurangkan risiko kecederaan serius dan kematian sebanyak 71% untuk bayi (lebih muda daripada setahun) dan sebanyak 54% untuk kanak-kanak (1 hingga 4 tahun) di dalam kereta penumpang. Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa kanak-kanak yang berada dalam kerusi keselamatan yang menghadap belakang tidak boleh ditempatkan di kerusi depan kenderaan yang dilengkapi beg udara sisi penumpang. Kesan daripada air bag boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.

Contoh kerusi yang menghadap belakang mengurangkan impak kecederaan pada kanak-kanak, tetapi ia tidak sesuai diletakkan di kerusi hadapan.

Menurut Majlis Keselamatan Pengangkutan Eropah (ETSC), kemalangan pada kelajuan  50 km / h adalah sama kesannya seperti seorang kanak-kanak yang terjatuh sejauh 10 meter. Seorang anak berusia 8 tahun dengan berat 30 kg akan dilempar ke depan dengan kekuatan 25 kali berat tubuhnya. Jika kanak- kank tidak memakai tali pinggang keselamatan, mereka tercampak merata-rata dan melanggar mana-mana bahagian dalam kereta. Seringkali pintu kereta atau tingkap adalah tempat kanak-kanak akan terhentam.

 

Contoh kerusi yang menghadap ke hadapan

Tanpa kerusi keselamatan kanak-kanak, walaupun pada kelajuan 15 km / h, ia sangat berbahaya. ETSC juga menerangkan dengan jelas bahawa kanak-kanak memerlukan ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan mengikut saiz tubuh yang berbeza. Seorang anak kecil mempunyai jisim kepala sekitar 25% daripada jisim seluruh tubuh, sedangkan jisim kepala orang dewasa sekitar 6 % daripada seluruh tubuh. Ini bermakna bahawa kekuatan relatif di kepala dan leher akan jauh lebih besar pada kanak-kanak di depan yang menghadapi tinkap hadapan.

Kanak-kanak kecil yang berumur sehingga 18 bulan dinasihatkan supaya diletakkan di dalam kerusi keselamatan khas kanak-kanak dengan menghadap tingkap belakang.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna – Pengguna Standard Malaysia

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.