| PLUMBUM PADA PINGGAN MANGKUK SERAMIK AKIBATKAN MASALAH KESIHATAN YANG SERIUS |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 17 June 2010 11:02 |
|
Kandungan logam berat seperti plumbum Pb merupakan satu bahan campuran kimia yang boleh membawa banyak kemudaratan terhadap kesihatan. Ia boleh menyebabkan masalh kesihatan kepada semua jenis golongan termasuklah bayi yang belum lahir kanak-kanak, wanita mengandung dan warga tua.
Sesetengah perkakasan memasak dan pinggan mangkuk mempunyai cukup kandungan plumbum yang boleh membawa kepada keracunan plumbum yang serius. Perkakasan dan pinggan mangkuk yang mempunyai kandungan plumbum yang sedikit juga boleh membawa kepada masalah kesihatan jika terdedah kepada kandungan plumbum dalam suatu jangka masa yang panjang.
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia bertanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai pembela kualiti dan keselamatan produk dan perkhidmatan kepada pengguna. Menyedari hakikat bahaya kandungan plumbum ini kepada konsumer, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia telah menjalankan satu kajian kecil di mana sampel-sampel pinggan mangkuk telah dibeli dari pasaraya besar dan telah menghantarnya ke makmal untuk menjalankan ujian untuk mengesan kandungan plumbum dalam seramik.
Sampel-sampel pinggan mangkuk dan cawan yang diperbuat daripada seramik telah dipilih secara rawak dan dihantar ke dua jenis makmal yang berbeza yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.
Malaysian Standard MS 1817: 2005 Ceramic Tableware Specification ini menetapkan nilai nilai berikut untuk kandungan maksimum untuk logam-logam berat:
Nasihat kepada pengguna |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.