Laman Utama Berita Terkini Keselamatan Produk ALAT MAINAN KANAK-KANAK DITARIK BALIK DARIPADA PASARAN
ALAT MAINAN KANAK-KANAK DITARIK BALIK DARIPADA PASARAN PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 08 September 2010 15:00

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (US CPSC) dan Health Canada telah mengumumkan penarikan balik alat mainan Sand & Water Station Toys daripada Pasaran Amerika Syarikat dan Kanada. Sebanyak 56,000 alat mainan telah ditarik balik daripada pasaran Amerika Syarikat dan 7,700 di Kanada.

Alat permainan tersebut mempunyai roda kecil berwarna biru yang dikatakan boleh tertanggal daripada alat permainan yang berbentuk keretapi ini dan ia boleh menyebabkan kanak-kanak kecil tercekik jika tertelan

Setakat ini belum ada laporan daripada pengguna mengenai sebarang kecederaan, tetapi pihak US CPSC dan Health Canada telah mengambil tindakan ini sebagai langkah berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

 

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.