Laman Utama Berita Terkini Keselamatan Produk PAKAIAN KANAK-KANAK DIPANGGIL BALIK KERANA MUDAH TERBAKAR
PAKAIAN KANAK-KANAK DIPANGGIL BALIK KERANA MUDAH TERBAKAR PDF Print E-mail
Written by Mohana Priya   
Wednesday, 20 April 2011 10:43

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (US CPSC) dengan kerjasama Fashionviews Inc. telah menanggil balik pakaian kanak-kanak berjenama P.Jamas daripada pasaran Amerika kerana tidak mematuhi standard ‘Flammability’. US CPSC telah memanggil balik sebanyak 4000 pakaian kanak-kanak pada 7 April 2011.

Jika pakaian tidur kanak-kanak ini tidak mematuhi standard keselamatan ‘Flammability’, ia boleh menyebabkan risiko kecederaan untuk terbakar. Pakaian ini telah dikilangkan di Peru dan Bolivia.

 



Mohana Priya
Persatuan Penguna-Pengguna Standard Malaysia

 

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.