Laman Utama Berita Terkini Keselamatan Produk REKABENTUK UNIVERSAL UNTUK PEMBUNGKUSAN - PENYELESAIAN SEMUA PENGGUNA
REKABENTUK UNIVERSAL UNTUK PEMBUNGKUSAN - PENYELESAIAN SEMUA PENGGUNA PDF Print E-mail
Written by Mohana Priya   
Tuesday, 20 September 2011 09:37

Semua pengguna tentu pernah mengalami keadaan yang mereka tidak boleh membuka sesuatu bungkusan atau pembalut makanan dan sebagainya. Kesukaran seperti ini pula sering dialami oleh warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Organisasi Standard Antarabangsa (ISO), memberikan satu jalan penyelesaian kepada masalah ini dengan cara membangunkan satu standard untuk cara pembungkusan yang mudah digunakan oleh warga emas, OKU dan semua pengguna lain.

Standard ISO 11156:2011, Packaging – Accessible design – General requirements, ini memberikan satu rangka kerja mengenai reka bentuk pembungkusan, iaitu standard ini mengambil kira faktor-faktor seperti keupayaan rangsangan dan fizikal pengguna untuk memastikan ia boleh digunakan bukan sahaja oleh pengguna yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran atau pergerakan, tetapi juga berupaya mengatasi kekurangan yang di alami oleh warga emas yang mempunyai masalah penglihatan atau pergerakan yang terganggu.

Secara umumnya ia juga boleh digunakan oleh pengguna-pengguna yang normal5 dan tidak mempunyai sebarang halangan dari segi keupayaan fizikal mereka.

Standard ini juga mematuhi standard ISO/TR 22411:2008 and ISO/IEC Guide 71:2001, yang disasarkan penggunaan oleh pereka dan pihak penilai di bidang standardisasi.  Standard in juga boleh digunakan oleh pengeluar, makmal-makmal, penyedia perkhidmatan, golongan pendidik dan lain-lain lagi.

Setiap reka bentuk dalam standard ini telah dipilih secara teliti dan mengambil kira pertimbangan dan cadangan yang berasaskan prinsip ergonomil yang penting untuk membuat rekaan untuk pembungkusan berdasarkan produk. Faktor-faktor seperti maklumat penting produk, identifikasi, cara kendalian, pembukaan, pengagihan, penyimpanan , pemisahan dan pembuangan juga diberi perhatian.

Reka bentuk Universal adalah penting kerana ia membolehkan pengguna di seluruh dunia menggunakan sesuatu produk dan pembungkusan secara selamat, selesa, kepuasan yang mencukupi, tidak kira umur, halangan keupayaan fizikal, bahasa dan budaya. Isu aksesibiliti atau kebolehcapaian ini telah menjadi semakin penting dengan peningkatan populasi golongan OKU di populasi dunia dan ini telah dibuktikan di konvenyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (UN) yang menegaskan hak OKU di dunia.

Produk yang mempunyai pembungkusan dengan reka bentuk universal mampu untuk meningkatkan kegunaan semua golongan dan membantu barangan diperdagangkan di seluruh dunia tanpa halangan dan sekatan.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.