PENGUMUMAN

KAMI TIDAK AKAN BEROPERASI DARI 28 JUN SEHINGGA 30 JUN 2017

Laman Utama Berita Terkini Keselamatan Asas Kerajaan kenal pasti dua faktor utama kebocoran data peribadi - KKMM
Kerajaan kenal pasti dua faktor utama kebocoran data peribadi - KKMM PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 21 April 2017 10:35

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti kecuaian pengguna data (syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi) dan sikap rakyat Malaysia yang gemar berkongsi data peribadi, sebagai dua faktor utama kebocoran data peribadi terutamanya melibatkan nombor telefon bimbit, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menurut kementerian itu, di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), setiap syarikat pengguna data wajib mematuhi tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi dalam mengendalikan data peribadi milik pelanggan bagi memastikan data peribadi tersebut tidak disalahgunakan.

"Kegagalan mematuhi prinsip-prinsip ini merupakan suatu kesalahan yang mana jika sabit kesalahan, pengguna data boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Selain itu, Seksyen 43 Akta 709 memperuntukkan mengenai hak subjek data (pelanggan) untuk menghalang pemprosesan data peribadi oleh pengguna data bagi maksud pemasaran langsung," katanya dalam jawapan bertulis kepada Senator Rahemah Idris.

Kegagalan mematuhi peruntukan itu, kata kementerian berkenaan, akan menyebabkan pengguna data atau syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Rahemah dalam soalannya ingin mengetahui punca di sebalik isu rakyat yang menerima panggilan-panggilan daripada pihak tertentu yang boleh mengganggu privasi mereka.

Selain itu, beliau turut ingin mengetahui langkah-langkah di bawah akta sedia ada yang boleh diguna pakai sekiranya rakyat masih lagi diganggu pihak tidak bertanggung jawab ini.

Sumber:- http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1349419

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.