Laman Utama Berita Terkini Keselamatan Asas MASALAH MENJADI PENJAMIN
MASALAH MENJADI PENJAMIN PDF Print E-mail
Written by Matheevani Marathandan   
Wednesday, 26 January 2011 13:19

Banyak aduan yang telah diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional yang berkaitan penjamin. Ini menunjukkan terdapat banyak kelemahan berkaitan dengan penjamin ini disebabkan oleh pengguna yang tidak sedar mengenai liabiliti dan tanggungjawab mereka sebagai penjamin. Begitu juga pihak bank gagal memberi pengetahuan yang secukupnya kepada penjamin.

Penjamin adalah orang ketiga dalam sesuatu pinjaman atau kontrak. Namun penjamin mempunyai tanggungjawab yang sama seperti peminjam jika peminjam gagal melunaskan pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan. Apabila seseorang menjadi penjamin, ia bermaksud seseorang itu bersedia untuk mengambil tanggungjawab ke atas pinjaman berkenaan dan akan ditanggungjawabkan sekiranya pinjaman itu yang tidak dibayar.

Seringkali seseorang itu terpaksa menjadi penjamin atau `guarantor” kerana akur kepada permintaan rakan ataupun saudara mara. Namun anda perlu menyedari bahawa apabila mnejadi penjamin, anda terikat dengan liabiliti pinjaman tersebut.

Tahukah anda tentang kelayakan dan masalah sebagai seorang penjamin?

Anda perlu terlebih dahulu layak untuk menjadi penjamin iaitu seperti di bawah;

  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Bukan seorang bankrap
  3. Berfikiran waras dan berkeupayaan dari segi mental untuk memahami dokumen jaminan dan tanggungjawab serta kewajipan seseorang penjamin
  4. Telah bersetuju secara suka rela untuk menjadi penjamin (iaitu tidak dipaksa atau menandatangani kontrak kerana dipengaruhi secara tidak wajar, penipuan, salah representasi atau akibat kesilapan)

Masalah yang bakal menimpa..

  1. Peminjam mungkin tidak membayar pinjaman dan penjamin terpaksa membayarnya.
  2. Peminjam mungkin diisytihar bankrap jika tidak membayar pinjaman. Penjamin juga akan diisytiharkan bankrap jika tidak mampu membayar pinjaman yang dijaminnya.
  3. Peminjam mungkin menghilangkan diri dengan wang dan peminjam terpaksa mengharungi kesulitan dengan bank.
  4. Kemungkinan besar peminjam mempunyai niat untuk menipu.

Pengguna hendaklah bersikap berwaspada dan bertanggungjawab atas segala komitmen berkaitan perjanjian atau pinjaman. Di Malaysia terdapat pelbagai saluran bantuan khidmat nasihat, kaunseling pengurusan kewangan dan pusat aduan yang sedia membantu anda sekiranya menghadapi masalah berkaitan dengan penjamin. Hubungilah mereka untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi melindungi diri anda.

Matheevani Marathandan
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

 

Video Competition

"My Food Label 2017"

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.