Laman Utama Berita Terkini Keselamatan Asas 2,000 KANAK-KANAK MATI SETIAP TAHUN AKIBAT KEMALANGAN TIDAK DISENGAJAKAN
2,000 KANAK-KANAK MATI SETIAP TAHUN AKIBAT KEMALANGAN TIDAK DISENGAJAKAN PDF Print E-mail
Written by Mohana Priya   
Wednesday, 02 February 2011 11:01

Setiap tahun lebih daripada 2,000 orang kanak-kanak meninggal dunia akibat kecederaan yang tidak disengajakan. Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF, seramai berjuta-juta orang kanak-kanak pada setiap tahun dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan, yang sering kali menyebabkan kecacatan seumur hidup.

Laporan “World report on child injury prevention” ini memberikan satu pendekatan yang komprehensif mengenai penilaian kecederaan kepada kanak-kanak yang tidak disengajakan dan kaedah untuk mengelakkannya. Laporan ini juga merumuskan bahawa jika kaedah ini dilaksanakan, ia dapat menyelamatkan nyawa bagi sekurang-kurangya 1,000 orang kanak-kanak di seluruh dunia setiap hari.

Kecederaan kanak-kanak merupakan satu isu yang amat penting dalam kesihatan awam.. Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, terdapat 830,000 kematian kanak-kanak setiap tahun dan berjuta-juta orang kanak-kanak lagi yang menderita disebabkan kecederaan serius,  yang memerlukan mereka ditempatkan di hospital dan pusat rawatan. Selain itu, kos rawatan boleh menyebabkan sesebuah keluarga itu menderita, terpaksa berhutang dan ada yang diisytiharkan sebagai muflis.

Keadaan menjadi lebih teruk jika kanak-kanak tersebut berasal daripada keluarga yang miskin.  Laporan ini disediakan berdasarkan hasil perbincangan 180 orang pakar dari seluruh pelosok dunia. Laporan ini juga menunjukkan bahawa kecederaan yang tidak disengajakan ini merupakan faktor utama kematian kanak-kanak di bawah umur 9 tahun. 95 peratus daripada mereka berasal dari negara-negara sedang membangun. Menurut Pengarah Eksekutif UNICEF, terdapat banyak llangkah yang perlu diambil untuk mengurangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Berikut adalah lima  faktor utama yang menyebabkan kematian kanak-kanak yang tidak disengajakan:.

• Kemalangan jalan raya: Telah menyebabkan kematian 260,000 kanak-kanak dalam tempoh setahun. Ia juga telah mencederakan sebanyak 10 juta kanak-kanak yang berusia antara 10 tahun hingga 19 tahun. Ramai pula yang cacat akibat kecederaan ini.
• Lemas: Telah menyebabkan lebih daripada 175,000 kanak-kanak meninggal dunia dalam setahun. Begitu juga setiap tahun, seramai tiga juta kanak-kanak berjaya diselamatkan daripada lemas. Namun begitu, terdapat juga yang mengalami kecederaan dan kecacatan otak bagi mereka yang terselamat.
• Kebakaran: Kebakaran yang disebabkan oleh api telah membunuh hampir 96,000 orang setiap tahun. Jumlah kematian ini 11 kali lebih ramai dalam kalangan penduduk negara-negara sedang membangun dan kurang membangun jika dibandingkan dengan negara-negara membangun.
• Jatuh: Hampir 47,000 orang kanak-kanak meninggal dunia disebabkan terjatuh. Terdapat beratus-ratus dan beribu-ribu kanak-kanak lain yang menderita disebabkan oleh kecederaan yang dialami akibat daripada terjatuh.
• Keracunan: Setiap tahun terdapat lebih daripada 45,000 orang kanak-kanak yang mati disebabkan oleh keracunan yang tidak disengajakan.

Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO) telah membangunkan satu garis panduan yang dipanggil Guide 50, Safety Aspects - Guidelines for Child Safety. Panduan ini merupakan satu rangka kerja untuk menangani serta mengelakkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak secara tidak sengaja. Faktor-faktor tersebut boleh terdiri daripada sesebuah produk atau perkhidmatan digunakan oleh kanak-kanak dan secara tidak sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada mereka. .

Garis panduan ini boleh membantu seseorang arkitek, pereka, pembuat dan pembuat dasar untuk memastikan keselamatan kanak-kanak ini terjamin. Jabatan Standard Malaysia juga telah mengguna pakai dan membangunkan panduan MS ISO/IEC GUIDE 50:2003 yang berkaitan dengan kemalangan terhadap kanak-kanak

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.