| SENTIASA BERWASPADA TERHADAP KESELAMATAN PERBANKAN INTERNET |
|
|
|
| Written by Yu Kin Len |
| Monday, 09 May 2011 13:23 |
|
Kes penipuan e-mel yang dikenali sebagai phishing ini bukanlah suatu yang baru. Bagi mereka yang mengetahui tentang kewujudannya, akan segera memusnahkan e-mel tersebut. Namun begitu, masih ada juga mangsa yang terjebak kerana e-mel phishing yang meletakkan pautan ke laman web palsu yang seakan-akan seperti laman web yang sebenarnya. Ini telah mengelirukan mangsa sehingga menyebabkan mereka memasukkan butir-butir peribadi mereka. Menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti Harvard pada tahun 2006, laman web phishing yang direka bentuk dengan baik dapat memperdaya 90% orang yang mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut. Wang hasil peluh mangsa dipancing oleh penipu dengan beberapa klik sahaja. CyberSecurity Malaysia telah menerima sebanyak 143 kes phishing yang mensasarkan laman web perbankan internet di Malaysia pada tahun 2010. Aduan yang diterima tidak dapat mengambarkan situasi realiti kes phishing yang sedang berleluasa. Pengguna perlu memberikan perhatian yang serius terhadap laman web phishing ini dan melaporkan kepada pihak berkenaan supaya laman web palsu tersebut ditutup agar orang ramai tidak terjebak kepada muslihat tersebut.
Pengguna juga perlu meningkat pengetahuan tentang teknologi terkini serta menyedari pelbagai bentuk penipuan yang berlaku kerana ia mungkin akan terjadi kepada diri mereka suatu hari nanti. Pengguna perlu sentiasa beringat bahawa tiada benda yang percuma di dunia ini. Jangan mudah terperdaya oleh umpan-umpan yang kelihatan menarik tetapi berbahaya. Uubahlah pemikiran supaya tidak tamak dan sentiasa berwaspada kepada risiko yang tersembunyi. |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.