Laman Utama Berita Terkini Keselamatan Asas NASIB PENJAMIN APABILA PEMINJAM GAGAL MENJELASKAN BAYARAN
NASIB PENJAMIN APABILA PEMINJAM GAGAL MENJELASKAN BAYARAN PDF Print E-mail
Written by Deivigarani Krishna   
Friday, 05 August 2011 10:33

Penjamin sering mangsa apabila peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman yang dibuat daripada institusi kewangan.

Penjamin dibahagikan kepada dua iaitu penjamin korporat dan penjamin sosial. Orang yang menjadi penjamin sosial adalah orang biasa yang menjalani kehidupan biasa. Biasanya penjamin sosial ialah orang yang menjadi penjamin untuk menolong ahli keluarga sendiri atau kawan mereka bagi pembelian kereta, rumah atau biasiswa tanpa mempunyai kepentingan kewangan.

Jika penjamin sosial menjadi penjamin kepada peminjam yang gagal membuat pembayaran balik kepada institusi kewangan, mereka akan terperangkap di tangan institusi kewangan kerana mereka terikat dengan undang-undang semasa tandatangan dokumen pinjaman sebagai penjamin.

Penjamin bermakna jika apa-apa terjadi atau apabila peminjam gagal melaksanakan tanggungjawab, maka penjamin bertanggungjawab ke atas segala pinjaman tersebut.

Adakalanya penjamin tidak tahu tentang kesan menjadi penjamin kepada peminjam yang tidak bertanggungjawab. Mereka beranggapan bahawa tanggungjawab mereka hanya sekadar menandatangani dokumen pinjaman bagi menolong peminjam untuk mendapatkan pinjaman.

Terdapat juga penjamin yang tidak tahu bahawa mereka telah dikenakan tindakan oleh institusi kewangan akibat daripada kegagalan peminjam tersebut membuat bayaran kepada institusi kewangan. Mereka tidak menerima sebarang surat daripada pihak institusi kewangan apabila hendak mengambil tindakan undang-undang seperti senarai hitam nama atau mengambil tindakan kebankrapan. Mereka hanya mengetahui kedudukan mereka apabila permohonan pinjaman kewangan mereka tidak diluluskan disebabkan nama mereka sudah disenaraihitamkan.

Akibat daripada masalah tersebut, ramai penjamin yang tidak dapat menjalankan kehidupan mereka seperti biasa. Mereka tidak dapat membeli rumah, kereta atau apa sahaja yang melibatkan pinjaman institusi kewangan. Ada juga penjamin yang dianiayai  oleh ahli keluarga tersendiri dengan tidak membuat bayaran pinjaman dan penjamin tersebut terpaksa membuat bayaran bagi mengelakkan namanya disenaraihitamkan.

Jika seseorang menjadi penjamin, mereka harus mengetahui kesan negatif jika peminjam gagal membuat bayaran. Penjamin tidak boleh berprasangka baik bahawa peminjam adalah seorang yang jujur dan akan melaksanakan tanggungjawabnya.

Penjamin bertanggungjawab untuk menentukan peminjam sentiasa membuat bayaran. Ini boleh dirujuk dengan institusi kewangan untuk mendapatkan status bayaran pinjaman balik oleh peminjam. Jika mengetahui bahawa peminjam gagal membuat bayaran, penjamin boleh membuat tindakan yang tepat dan cepat sebelum pihak institusi mengambil tindakan undang-undang.

Kebanyakan penjamin akan marah terhadap institusi kewangan apabila tindakan undang-undang diambil ke atas mereka kerana mereka merasakan mereka tidak bersalah atau tiada kaitan dengan mereka. Mereka juga tidak bekerjasama dengan institusi kewangan atau tidak mempedulikan tindakan undang-undang yang akan diambil nanti.

Bagaimanakah institusi kewangan boleh mengelak masalah penjamin?
Institusi kewangan boleh mengubah cara memberikan pinjaman tanpa perlu ada penjamin. Institusi kewangan juga harus menyelidik kedudukan kewangan atau harta benda peminjam sebelum memberi pinjaman.  

Jika peminjam meninggal dunia, institusi kewangan patut menggunakan kaedah alternatif seperti menjual harta-benda peminjam sebelum mengambil tindakan ke atas penjamin.

Akta Kebankrapan 1967 juga melindungi penjamin sosial yang terpaksa menanggung beban sehingga dikenakan tindakan kebankrapan kerana kegagalan peminjam dalam pembayaran pinjaman. Mengikut Akta Kebankrapan, institusi kewangan perlu mengesan peminjam terlebih dahulu. Sekiranya gagal atau tidak dapat dihubungi, barulah tindakan boleh diambil ke atas penjamin sosial.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.