Laman Utama Berita Terkini Keselamatan Asas Dakwa Peniaga Guna Paksaan
Dakwa Peniaga Guna Paksaan PDF Print E-mail
Tuesday, 29 September 2015 15:30

Undang-undang yang memperuntukkan hukuman lebih berat, antaranya penjara sehingga maksimum 10 tahun, isytihar muflis dan semua harta disita perlu digubal bagi menangani isu sindiket gores dan menang, sekaligus melindungi pengguna daripada tertipu.

Ketika mengesyorkan hukuman itu, Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata akta berkenaan perlu bagi memastikan tindakan penguatkuasaan bukan sahaja boleh diambil berdasarkan aduan pengguna, tetapi memberi kuasa untuk menangkap ahli sindiket sebelum memperdaya mangsa.

 

Modus Operandi Sindiket Gores dan Menang :

Sasar wanita dan warga tua di pusat beli-belah, tempat parkir

Mangsa diminta untuk menggores dan dibawa ke premis untuk tunjuk hadiah oleh sindiket

Sindiket meminta duit sebagai permulaan untuk mendapatkan hadiah yang bernilai

Mangsa di arah untuk gores lagi bagi mendapatkan lebih banyak hadiah

Sindiket mendesak mangsa untuk membayar sehingga mangsa kehabisan duit

Sindiket dan hadiah lesap

Katanya, undang-undang sedia ada bagi kes gores dan menang terletak di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Akta Perihal Dagangan 2011 serta Akta Jualan Langsung dan Sistem Piramid 1993 dan ia dilihat ‘tidak begitu kuat’ untuk mengheret ahli sindiket ke mahkamah.

Sehubungan itu, katanya, akta khusus berkenaan perlu menggariskan mana-mana pernigaan berunsur paksaan, ugutan dan penipuan adalah salah di sisi undang-undang dan secara langsung boleh didakwa.

“Undang-undang perlu lebih menjaga hak pengguna dan tidak menyebelahi peniaga yang menipu. Dalam kes gores dan menang, saya lihat ada ruang dan peluang untuk sindiket lolos daripada dikenakan tindakan.

“Sindiket akan menutup syarikat berkenaan dan membuka syarikat baharu dengan modus operandi sama sebaik pihak berkuasa mengesan mereka berikutan aduan pengguna. Sewajarnya, undang-undang boleh menyekat sindiket daripada beroperasi semula dan membolehkan syarikat terbabit disenaraihitamkan.

 

Perlu Ada Garis Panduan

“Hukuman lebih berat perlu dikenakan sebagai pengajaran agar kes sama tidak berulang. Ini adalah jenayah perdagangan, menipu pengguna,” katanya kepada BH.

BH sebelum ini melaporkan kegiatan sindiket gores dan menang di negara ini semakin membimbangkan dengan 395 kes membabitkan kerugian RM3.6 juta tahun ini.

Susulan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan sindiket dilindungi samseng dan pakatan tertentu yang menyebabkan ia sukar dihapuskan, malah semakin kukuh membina rangkaiannya. Persatuan itu mengesan lapan syarikat menjalankan operasi gores dan menang di seluruh negara, malah masing-masing dianggarkan mampu meraih pendapatan RM80 juta setahun.

Mohd Yusof berkata, terdapat syarikat yang menawarkan diskaun hampir setiap hari sepanjang tahun sedangkan diskaun dan jualan murah adalah jualan bermusim.

Katanya, taktik itu boleh dilakukan berikutan barang yang ditawarkan adalah barang yang ditolak kerana tidak berkualiti.

 

Sumber : berita Harian - (29 September 2015, Selasa)

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.