Menjadi Penjamin PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Friday, 04 December 2015 09:14

Institusi kewangan mungkin memerlukan jaminan untuk meningkatkan kedudukan kredit bakal peminjam, dengan itu membolehkan mereka mendapat pembiayaan.

Sekiranya anda dinamakan sebagai penjamin, oleh seseorang, anda terikat secara undang-undang untuk membayar balik pinjaman tersebut atau bakinya sekiranya si peminjam tidak mahu atau tidak boleh menjelaskan hutang tersebut.

Ramai beranggapan bahawa penjamin sekadar memberi rujukan yang baik mengenai karektor peminjam. Mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya terikat dari segi undang-undang untuk membayar balik pinjaman jika peminjam tidak boleh atau enggan membuat pembayaran balik.

 

Jenis Jaminan

1. Jaminan Bersama

Di bawah kontrak jaminan yang melibatkan lebih daripada seorang penjamin, jika salah seorang daripada penjamin meninggal dunia, tanggungjawab jaminan akan terus ditanggung oleh penjamin-penjamin yang masih hidup.

2. Jaminan Bersama dan Berasingan

Di bawah kontrak jaminan yang dibuat secara bersama dan berasingan, apabila seorang daripada penjamin meninggal dunia, estet si mati akan terus bertanggungjawab ke atas jaminan tersebut bersama-sama dengan penjamin-penjamin yang lain.

 

Siapa Yang Boleh Menjadi Penjamin?

Anda boleh menjadi penjamin sekiranya:

1. Berumur 18 tahun ke atas.

2. Bukan seorang bankrap.

3. Berfikiran waras dan berkeupayaan dari segi mental untuk memahami dokumen jaminan dan tanggungjawab serta kewajipan seseorang penjamin.

4. Telah bersetuju secara suka rela untuk menjadi penjamin (iaitu tidak dipaksa atau menandatangani kontrak kerana dipengaruhi secara tidak wajar, penipuan, salah representasi atau akibat kesilapan).

 

Sebagai Penjamin, Anda Berhak Untuk :

1. Mendapat salinan surat jaminan atau kontrak jaminan dan sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan transaksi pinjaman tersebut.

2. Mendapat khidmat nasihat daripada peguam anda sebelum menandatangani kontrak jaminan. (Namun demikian, fi guaman adalah di atas tanggungan sendiri).

3. Mendapat maklumat mengenai baki tertunggak akaun peminjam dengan institusi kewangan tersebut tertakluk kepada keizinan peminjam.

4. Meminta peminjam membuat pembayaran bagi melepaskan liabiliti anda sebagai penjamin.

5. Mendapat bayaran ganti daripada peminjam bagi sebarang pembayaran yang telah dibuat oleh anda kepada institusi berkenaan.

 

Perkara Penting Yang Harus Diingat Apabila Menjadi Penjamin :

1. Memahami sifat jaminan tersebut. Seseorang bakal penjamin dinasihatkan agar tidak menandatangani dokumen yang belum dibacanya atau menandatangani dokumen kosong atau borang yang tidak lengkap. Seseorang yang menandatangani dokumen seperti ini sukar untuk mendapat pembelaan di sisi undang-undang jika dicabar di mahkamah.

2. Dapatkan khidmat nasihat profesional/ guaman mengenai implikasi undang-undang sebelum menandatangani jaminan tersebut.

3. Semak dan pastikan bahawa jaminan tersebut adalah tertakluk kepada undang-undang yang terdapat di Malaysia.

4. Berwaspada sebelum menyerahkan salinan kad pengenalan atau pasport kepada orang selain daripada institusi kewangan atau peguam-peguam yang bertindak bagi pihak anda.

 

Sumber : http://www.bankinginfo.com.my/04_help_and_advice/0402_helpful_guides/becoming_a_guarantor.php?intPrefLangID=2

http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/penjamin.pdf

Berita Harian – Klassifieds (4 Disember 2015, Jumaat)

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.