Laman Utama Berita Terkini Kesihatan Jangan mudah terpengaruh testimoni ubat dalam talian
Jangan mudah terpengaruh testimoni ubat dalam talian PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Tuesday, 21 February 2017 10:27

KANGAR - Orang ramai dinasihat agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan atau testimoni ubat-ubatan yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser yang dijual secara meluas menerusi dalam talian.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis, Dr Zaini Hussin berkata, semakin banyak iklan ubat-ubatan dipromosi dalam talian yang tidak dapat dipastikan secara klinikal keberkesanan dan keselamatan ubatan berkenaan.

"Ubat-ubatan itu mudah didapati di media sosial kerana pasarannya jauh lebih luas ditambah pula dengan promosi serta testimoni yang sungguh meyakinkan namun saya harap pengguna mengambil langkah bijak dan mengutamakan keselamatan.

"Tidak semua maklumat di internet boleh dipercayai misalnya tawaran hanya dengan satu ubat boleh sembuhkan pekbagai penyakit serius seperti gout, kencing manis dan kanser," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2017 peringkat negeri di Auditorium Dr Syed Mahmood JKN Perlis, di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata, pengguna atau pesakit dinasihat mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi serta mengenal pasti kandungan produk terlebih dahulu.

"Selain itu amat penting untuk pastikan produk-produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mempunyai nombor pendaftaran dan label keselamatan hologram Meditag," katanya.

Pengguna juga boleh membuat semakan mengenai status notifikasi atau status pendaftaran produk itu di laman web Kementerian Kesihatan di http://npra.moh.gov.my/. - Bernama

Sumber Sinar Online http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-mudah-terpengaruh-testimoni-ubat-dalam-talian-1.632036

 

Video Competition

"My Food Label 2017"

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.