Laman Utama Berita Terkini Kesihatan KOS RAWATAN HOSPITAL SWASTA MEMBEBANKAN PENGGUNA
KOS RAWATAN HOSPITAL SWASTA MEMBEBANKAN PENGGUNA PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 14 December 2010 12:23

Kualiti Jagaan Kesihatan bermaksud merawat pada perkara yang betul pada masa yang sesuai dengan cara yang betul kepada pesakit dan mendapatkan hasil rawatan yang terbaik. Jagaan kesihatan termasuk semua perkhidmatan kesihatan seperti hospital swasta, hospital  kerajaan dan klinik, klinik bersalin dan klinik kesihatan swasta.

Pada masa kini, hospital swasta beroperasi sebagai organisasi komersial berasaskan keuntungan dan memberikan kualiti jagaan kesihatan kepada pesakit yang berkemampuan untuk membayar kos rawatan yang tinggi berbanding jagaan kesihatan yang lain.

Kadar rawatan hospital swasta adalah berbeza.

Aduan menerusi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) mengenai rawatan hospital meningkat sebanyak 26% iaitu sebanyak 210 aduan (2008) dan 265 aduan (2009) . Di antara kes-kes yang paling utama ialah mengenai pertikaian bil.

Pesakit tidak mengetahui jumlah kos keseluruhan rawatan biasanya terdapat banyak komponen terlibat seperti kadar pentadbiran, konsultasi, prosedur dan lain-lain. Penangguhan rawatan  atau pembedahan menjadikan kos rawatan turut meningkat dari segi caj wad, makanan dan rawatan perubatan di hospital. Pengguna sepatutnya mendapatkan penjelasan yang khusus terhadap bayaran yang di kenakan sebelum mendapatkan rawatan.

Masalah pengurusan rawatan hospital yang tidak professional juga antara aduan yang biasa diterima seperti layanan kurang sopan, tidak menghabiskan rawatan sewajarnya, kurang berkomunikasi dan lewat menerima laporan kesihatan. Pesakit juga terpaksa menunggu lama untuk rawatan dan tiada perhatian sehingga pesakit terpaksa mengambil inisiatif mendekati staff kesihatan. Di samping itu, doktor tidak memberikan laporan kesihatan yang lengkap kepada pesakit untuk merujuk rawatan kepada hospital yang lain dan memberikan penjelasan tentang penyakit pesakit. Selain itu lambat menerima laporan sehingga melewatkan tuntutan insuran dan SOCSO.

Hak Pengguna bagi menangani kos rawatan yang tinggi

Hak pengguna dalam mendapatkan rawatan di hospital swasta dinyatakan dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan Peraturan Kemudahan Penjagaan Kesihatan dan Perkhidmatan Swasta 2006.  Pesakit mempunyai hak untuk menerima maklumat apabila diminta. Hak tersebut termasuk bayaran yang dianggarkan bagi perkhidmatan yang disediakan dan bayaran lain yang tidak dijangka.

Pesakit juga berhak dimaklumkan tentang prosedur bayaran yang dikenakan oleh hospital swasta, sebelum memulakan penjagaan atau rawatan khusus. Pesakit boleh meminta bil terperinci bagi seluruh rawatan tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.

Petugas hospital swasta diwajibkan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan pesakit diberikan maklumat mengenai syarat-syarat perubatan  dan sebarang rawatan yang disarankan, penyiasatan atau prosedur dan kos rawatan, penyiasatan atau prosedur yang mungkin dikenakan.

Peraturan ini  juga menyediakan jadual bayaran untuk menentukan kadar yang boleh dikenakan oleh seorang doktor atau doktor pakar. Jadual ini juga termasuk senarai bayaran menyeluruh yang boleh dikenakan bagi pelbagai prosedur bayaran.

Kementerian Kesihatan perlu membantu pengguna dalam hal ini dengan menegaskan bahawa penerangan mengenai prosedur perubatan yang disenaraikan dalam bil pesakit perlu bersesuaian dengan penerangan jadual bayaran.  Petugas hospital swasta mesti mewujudkan pelan mekanisme rungutan pesakit  termasuk pelantikan seorang pegawai perhubungan pesakit untuk bertindak sebagai penghubung antara pesakit dengan hospital swasta.

Kempen Gaya Hidup Sihat

FOMCA telah mengadakan  kempen “Gaya Hidup Sihat” di bawah Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) di bawah tema “ Perubahan Bermula Dengan Saya” sejak tahun 2008 dan mengajak pengguna kembali meningkatkan tahap kualiti kesihatan diri dengan mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang, memantau tahap kesihatan secara kerap, mengurangkan makanan ringan, berlemak dan minuman berkarbonat dan melakukan senaman 3 kali seminggu.

Menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan (NHMS), kadar lebihan berat badan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah 29.1% pada 2006 berbanding 16.6% pada 1996. Kadar obesiti dari 4.4% pada 1996 kepada 14.2% pada 2006 (kenaikan 9.8%) . Bilangan rakyat Malaysia menghidap penyakit diabetes juga meningkat 6.6% pada 1996 kepada 14.9% . Penyakit darah tinggi melonjak 12.7% kepada 42.6% pada tahun 2006. Manakala laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan kira-kira 20% atau RM 180 juta daripada bajet RM 900 milion untuk ubat bagi penyakit kronik gaya hidup seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kolestrol tinggi.

Pengguna seharusnya sedar kepentingan penjagaan kesihatan mestilah bermula dari diri sendiri dan  institusi kekeluargaan itu sendiri. Mencegah adalah langkah terbaik sebelum sakit menghampiri anda.

Langkah Penguatkuasaan dan Cadangan

Kementerian Kesihatan perlu menggubal Jadual Bayaran di bawah Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Kementerian Kesihatan juga bersama-sama dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) juga perlu bertindak tegas terhadap hospital yang mengenakan kadar bayaran yang tinggi kepada pesakit dan mengkaji sedalamnya kes atau aduan yang diterima. FOMCA meminta agar Jadual Yuran tersebut perlu dipamerkan di tempat yang jelas dilihat oleh pengguna. Pengguna perlu mengetahui jumlah caj yang dikenakan sebelum menjalani rawatan. Jadual Yuran juga perlu disemak semula agar kadar caj tersebut tidak terlalu membebankan.

FOMCA turut mencadangkan agar Piagam Pesakit dilaksanakan di klinik, pusat perubatan dan hospital kerajaan serta swasta . Piagam Pesakit ini telah dipersetujui oleh FOMCA, Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia dan Persatuan Farmasi Malaysia pada tahun 1993, namun masih belum dilaksanakan. Kementerian Kesihatan Malaysia hendaklah menerima pakai Piagam Pesakit ini dan mewajibkan semua pihak memaparkan Piagam Pesakit di semua premis klinik dan hospital kerajaan serta swasta.

Siti Rahayu Zakaria
FOMCA

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.