Laman Utama Berita Terkini Kesihatan PEMBASMIAN DEMAM DENGGI PERLUKAN PENGLIBATAN SEMUA PIHAK
PEMBASMIAN DEMAM DENGGI PERLUKAN PENGLIBATAN SEMUA PIHAK PDF Print E-mail
Written by Yu Kin Len   
Monday, 24 January 2011 10:04

Kes denggi di Malaysia telah berlarutan selama berdekad-dekad. Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengawal penularan penyakit ini, namun bilangan kes denggi masih meningkat dari tahun ke tahun.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, secara keseluruhannya kes denggi di negara ini telah meningkat sebanyak 11% pada tahun 2010, berbanding tahun 2009, iaitu sebanyak sebanyak 46,171 kes. Lima buah negeri telah menunjukkan penurunan dalam jumlah kes, tetapi 10 negeri yang lain pula menampakkan peningkatan secara mendadak.

Negeri-negeri yang mengalami penurunan jangkitan demam denggi pada tahun 2010 ialah Pulau Pinang yang menurun sebanyak 25%, Selangor sebanyak 12%, dan Perak pula 16%.  Kes laporan denggi telah menunjukkan penurunan yang ketara di negeri-negeri yang dianggap sebagai negeri yang lebih maju. Adakah ini disebabkan penyebaran maklumat dan kempen-kempen yang dijalankan oleh pelbagai pihak itu, tidak sampai ke negeri yang kurang maju?

Mungkin juga ramai penduduk di negeri-negeri tersebut yang masih belum sedar tentang bahaya penyakit denggi dan tidak tahu cara untuk menghapuskan nyamuk Aedes. Pihak yang berkuasa patut mengkaji tentang situasi ini dan mencari punca mengapa kes-kes denggi masih tinggi di negeri-negeri tersebut,

Selain itu, kejayaan kejayaan negeri-negari yang berjaya menurunkan kes denggi perlu dijadikan sebagai contoh. Berdasarkan kepada lima lokasi panas daripada lokaliti wabak yang dipantau, hanya 20% sahaja yang menjalankan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan tempat tinggal. Ini menunjukkan masih banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk membasmi penyakit denggi di negara ini.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, baru-baru ini kerajaan telah melibatkan beberapa artis dalam kempen kesedaran anti-denggi. Penglibatan artis ini bertujuan untuk menggunakan pengaruh mereka dalam mengubah pemikiran masyarakat. Namun begitu, aktiviti yang melibatkan artis ini, sebagaimana yang disiarkan dalam media, seolah-olah tidak mempunyai kaitan dengan usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit ini. Kos yang dibelanjakan untuk program ini, mungkin lebih baik digunakan untuk menyiarkan cara-cara untuk menjauhi rumah daripada nyamuk Aedes.  

Terdapat banyak kempen anti-denggi yang telah dijalankan. Namun begitu, kempen tersebut tidak dibuat secara berterusan Adakalanya aktiviti kempen terhenti selama beberapa bulan.

Untuk membasmikan penyakit ini secara berkesan, memerlukan gabungan langkah pencegahan bersifat jangka pendek dan jangka panjang. Langkah pencegahan jangka pendek seperti memastikan bilangan tong sampah yang mencukupi, kerap membersihkan parit, pemeriksaan tempat pembiakan Aedes, dan menyembur ubat pembasmi nyamuk. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan kerap. Bagi membasmi penyakit ini dalam jangka panjang pula, ia memerlukan pendekatan yang berstrategik.

Kejadian musim hujan dan banjir telah mengakibatkan penularan penyakit denggi semakin teruk. Pihak berkuasa kesihatan perlu dilengkapi dengan kakitangan dan kemudahan yang mencukupi.

Di sesetengah kawasan pula, keadaan bertambah teruk apabila orang ramai bersikap yang tidak mahu terlibat dalam aktiviti pencegahan. Oleh itu satu pendekatan yang berpanjangan perlu dijalankan. Program pendidikan yang multi-sektor perlu diwujudkan bagi memberi panduan yang tepat dan mampu melakukan perubahan sikap.

Sistem penyampaian maklumat yang berkesan antara kerajaan dan komuniti adalah penting dalam menjayakan sesuatu kempen. Banyak kempen mengenai anti-denggi ini disiarkan melalui televisyen, tetapi tiada sebarang program promosi peringkat akar umbi yang dijalankan.

Bagi membasmikan penularan penyakit denggi secara menyeluruh, masyarakat hendaklah bersiap-sedia dan bersatu padu menjalankan aktiviti pencegahan. Kerajaan perlu mengadakan jadual pencegahan denggi dan bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat, Jawatankuasa anti-denggi di peringkat kampung boleh diwujudkan untuk mengawasi masalah denggi di kawasan mereka.

Yu Kin Len
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.