Laman Utama Berita Terkini Kewangan BNM tambah 44 syarikat dalam Amaran Pengguna Kewangan
BNM tambah 44 syarikat dalam Amaran Pengguna Kewangan PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Tuesday, 29 August 2017 09:31

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, menyenaraikan 44 lagi syarikat dan laman web ke dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.

Menerusi laman webnya, BNM berkata, senarai terbabit bagaimanapun tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat serta pertanyaan yang diterima.

"Susulan penyenaraian terkini (tambahan 44 yang baru dimasukkan itu), BNM kini sudah menyenaraikan 395 syarikat dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan," katanya.

Berdasarkan Amaran Pengguna Kewangan yang dikeluarkan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia mengikut undang-undang berkaitan.

Hanya institusi kewangan iaitu bank, syarikat insurans, pengendali takaful, penggurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini perniagaan perkhidmatan wang) diberikan lesen oleh BNM.

Semakan BH mendapati, berdasarkan nama syarikat yang dimasukkan itu, kebanyakannya menawarkan pelbagai skim pelaburan yang mencurigakan serta perdagangan mata wang asing.

Untuk mendapatkan senarai penuh syarikat dan laman web yang disenaraikan dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM, orang ramai boleh menyemaknya dengan melayari sesawang http://www.bnm.gov.my/index.php?ch>en_announcement&pg>en_announcement&ac>564&lang>en dan http://www.bnm.gov.my/documents/2017/20170828_FCA_EN.pdf

sumber :- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/318980/bnm-tambah-44-syarikat-dalam-amaran-pengguna-kewangan

 

 

Video Competition

"My Food Label 2017"

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017