| MEMORANDUM - CADANGAN SKIM PERLINDUNGAN INSURANS MOTOR BAGI KECEDERAAN ANGGOTA DAN KEMATIAN PIHAK KETIGA |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 07 June 2010 10:13 |
|
Memorandum ini meliputi maklumbalas FOMCA ke atas Cadangan Sikm Perlindungan Insurans Motor bagi Kecederaan Anggota dan Kematian Pihak Ketiga untuk pertimbangan pihak tuan dalam perencanaan Perlindungan Insurans Motor Pihak Ketiga yang mantap. FOMCA dijemput menghadiri taklimat oleh BNM pada 15hb April 2010 berhubung Cadangan Sikm Perlindungan Insurans Motor bagi Kecederaan Anggota dan Kematian Pihak Ketiga. 1. Tajuk − perlindungan harta pihak ketiga 3. Masalah-Masalah Tuntutan Insuran Pihak Ketiga Tuntutan perlindungan Kecederaan Anggota dan Kematian Pihak Ketiga pada tahun 2008 adalah 2.67 kali ganda daripada premium yang dikutip. Tuntutan perlindungan Kecederaan Anggota dan Kematian Pihak Ketiga juga mengambil masa yang terlalu lama untuk dilunaskan oleh pihak syarikat insuran. Berdasarkan perangkaan BNM, terdapat 10.8 juta polisi insuran motor dan takaful motor pada tahun 2009. Pada tahun yang sama, pihak Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) yang ditugaskan untuk menyediakan polisi insuran motor telah mengeluarkan 102,816 polisi yang merupakan kurang dari 1% daripada keseluruhan pemegang polisi insuran motor di negara ini. Penglibatan pihak peguam yang juga terlibat secara langsung membiayai keperluan awal pihak-pihak menuntut sambil menunggu kelulusan tuntutan mengwujudkan keadaan yang tidak sihat bila kadar tuntutan diluluskan/diputuskan tidak dapat meliputi tuntutan yuran guaman yang serta bayaran pendahuluan yang diberikan oleh peguam. Proses tuntutan kerosakan harta pihak ketiga tidak diuruskan secara telus dan bertanggungjawab sepertimana diuruskan ke atas tuntutan insuran komprehensif di bawah pangkalandata Motordata Research Consortium Sdn Bhd (MTC) yang dilantik oleh Bank Negara Malaysia di bawah JPI/GPI Garis Panduan Amalan Peneyelsaian Tuntutan Insuran untuk mengawal fraud dan pengurusan risiko. a. PERLINDUNGAN KECEDERAAN ANGGOTA DAN KEMATIAN Komponen perlindungan kecederaan anggota dan kematian (BID) dari insuran pihak ketiga dan komprehensif harus digabungkan dalam satu dana diuruskan oleh suatu badan berkanun (NewCorp) seperti PERKESO untuk memastikan semua pihak yang terlibat dalam kemalangan mendapat perlindungan serta merta dengan rawatan, pemulihan, latihan serta pencen ilat. Ini adalah penting ke atas menyatukan semua bentuk pembiayaan perkhidmatan kesihatan. Semua tuntutan kecederaan anggota dan kematian harus ditujukan terus kepada NewCorp tanpa perlukan pihak ketiga. Sebarang pertikaian ke atas keputusan tuntutan NewCorp dirujuk kepada Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) untuk pertimbangan atau pihak menuntut membawa tuntutan ke mahkamah. b. PERLINDUNGAN HARTA PIHAK KETIGA KENDALIKAN OLEH INDUSTRI Semua perkhidmatan perlindungan insuran motor harus dikelolakan oleh pihak industri dengan kadar premium ditentukan oleh pasaran. Strategi ini juga selaras dengan perancangan untuk meluput kenderaan-kenderaan lama atas dasar mengurangkan pencemaran dan penjimatan tenaga serta komitmen negara untuk menggalakan penggunaan mod pengangkutan awam sehingga 25% di kawasan perbandaran. Kami berharap satu tindakan mantap dan progresif dapat dirumuskan ke arah penyelesaian jangka panjang dengan mengambil kira strategi dan komitmen kerajaan dalam mengurangkan keterlibatan dalam aktiviti berbentuk komersil dan mengutamakan perkhidmatan sosial yang kritikal dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju. |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.