| FOMCA DAN 15 NGO SERAH MEMORANDUM TENTANG ISU AIR KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR |
|
|
|
| Written by admin |
| Friday, 30 July 2010 10:16 |
|
Penyerahan memorandum tersebut diketuai oleh Datuk Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA kepada YB Elizabeth Wong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, yang mewakili Menteri Besar Selangor. (Muat turun disini MEMORANDUM BERSAMA - KRISIS AIR SELANGOR, KUALA LUMPUR dan PUTRAJAYA "ISU PENANGGUHAN PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH PAHANG-SELANGOR") Memorandum tersebut mengandungi analisis tentang isu bekalan air di negeri Selangor dan keprihatinan NGO-NGO yang terlibat tentang penangguhan projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor yang bakal menyebabkan krisis bekalan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2014. Muat turun disini MEMORANDUM BERSAMA - KRISIS AIR SELANGOR, KUALA LUMPUR dan PUTRAJAYA "ISU PENANGGUHAN PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH PAHANG-SELANGOR"
Dilaporkan oleh: |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.