Laman Utama Berita Terkini Memorandum MEMORANDUM - PERKHIDMATAN BAS EXPRESS; KADAR TINGGI KEMALANGAN DAN KEMATIAN - PEMATUHAN PERATURAN UNECE R66, 80 DAN 36
MEMORANDUM - PERKHIDMATAN BAS EXPRESS; KADAR TINGGI KEMALANGAN DAN KEMATIAN - PEMATUHAN PERATURAN UNECE R66, 80 DAN 36 PDF Print E-mail
Written by Datuk Marimuthu Nadason   
Thursday, 25 August 2011 09:26

FOMCA telah menghantar memorandum mengenai masalah perkhidmatan bas ekspres kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.Kemalangan ngeri di jalan raya bukanlah satu perkara baru di Malaysia, terutama kemalangan membabitkan bas ekspres.

Walaupun bilangan kemalangan yang membabitkan bas ekspres kurang berbanding kenderaan yang lain, tetapi apabila kemalangan  berlaku, ia melibatkan kehilangan nyawa yang besar. Kemalangan besar yang melibatkan bas ekspres berlaku sekurang-kurangnya sekali setahun sejak tahun 2006.

Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan melibatkan bas ekspres semakin mendapat perhatian masyarakat kerana tiada langkah penyelesaian dilakukan walaupun banyak kes kemalangan terjadi. Pada akhir bulan ini dan awal bulan hadapan, rakyat Malaysia akan menyambut  musim perayaan dan cuti panjang.

Meskipun tiket bas ekspres sudah habis dijual, tetapi pengguna masih berasa bimbang sama ada mereka akan selamat sampai ke destinasi.

Klik disini untuk muat turun memorandum

Oleh Datuk Marimuthu Nadason
Presiden
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) – 15 Ogos 2011

 

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.