Laman Utama Berita Terkini Pendidikan GOLONGAN REMAJA PERLU DIBERIKAN KESEDARAN TENTANG KONSEP KECEKAPAN TENAGA
GOLONGAN REMAJA PERLU DIBERIKAN KESEDARAN TENTANG KONSEP KECEKAPAN TENAGA PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 03 June 2010 12:59

Secara amnya, masyarakat Malaysia semakin sedar tentang hakikat bahawa sumber-sumber semula jadi semakin kehabisan. Hal ini adalah hasil daripada kempen-kempen kesedaran yang dijalankan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak ketinggalan syarikat swasta.

Golongan remaja memainkan peranan yang besar di dalam hal ini. Semakin ramai pelajar, terutamanya di institusi pengajian tinggi yang mengetuai pergerakan-pergerakan yang menggalakkan orang ramai supaya menyedari bahawa manusia adalah bertanggungjawab terhadap alam sekitar.


Namun begitu, tidak banyak yang diketahui tentang cara yang terbaik untuk memaksimumkan kapasiti pelajar-pelajar ini dalam usaha untuk mempromosikan ’penggunaan lestari’, terutamanya dari segi kecekapan dan penjimatan tenaga. Lebih banyak kempen kesedaran dan program ’outreach’ perlu dilakukan supaya mesej tentang kecekapan tenaga dapat disampaikan dengan lebih efektif kepada golongan pelajar dan remaja.

Walaupun kemajuan saintifik telah mendalamkan kefahaman kita dalam penggunaan sumber-sumber semula jadi yang terhad, namun kita memerlukan sokongan yang lebih banyak daripada masyarakat umum, terutamanya golongan remaja. Hal ini disebabkan golongan ini merupakan kumpulan yang dominan dalam membentuk masa hadapan.  Sikap dan kemahuan mereka untuk berubah dan menerima konsep ’kecekapan tenaga’ akan menjadi kayu ukur untuk kapasiti Malaysia dalam hal ini untuk dekad-dekad yang akan datang. Golongan inilah yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Oleh itu semua pihak perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan impian ini.

Ahmad Faiz Abdul Razak
Jurutera Eksekutif, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)

3 Jun 2010

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.