Laman Utama Berita Terkini Pendidikan KETAHUI TENTANG SISTEM PEMBETUNGAN DI MALAYSIA
KETAHUI TENTANG SISTEM PEMBETUNGAN DI MALAYSIA PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 30 August 2010 10:32

Rata-rata masyarakat pasti menggambarkan proses rawatan sisa kumbahan apabila ditanya tentang sistem pembetungan. Namun apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkhidmatan sistem pembetungan di Malaysia?

Perkhidmatan pembetungan ialah proses untuk mengumpul, menghantar, merawat air sisa kumbahan dan menyelenggara sistem pembetungan dan tangki septik. Di Malaysia, perkhidmatan pembetungan terbahagi kepada 2 jenis iaitu sistem pembetungan bersambung terus ke loji rawatan kumbahan awam dan tangki septik individu.

Sistem pembetungan bersambung ke loji rawatan kumbahan awam merupakan perkhidmatan yang menyambungkan saluran paip pembetungan di rumah ke loji rawatan kumbahan awam. Indah Water Konsortium (IWK) diberi tanggungjawab untuk menjalankan operasi dan penyelenggaraan loji rawatan kumbahan awam.

IWK bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja pembaikan jika terdapat masalah pada saluran paip pembetungan awam seperti tersumbat atau rosak tanpa mengenakan kos terhadap pengguna. Walau bagaimanapun pemilik premis perlu bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan atau tersumbat jika masalah didapati pada saluran paip pembetungan persendirian. (sumber: Buku Panduan Pengguna AirFAM&SPAN)

Bagi tangki septik individu pula, ia merupakan perkhidmatan pembetungan yang teringkas. Sisa kumbahan akan dialirkan ke tangki septik dan tidak menjalani rawatan sepenuhnya,  tetapi hanya akan terenap di dasar tangki septik. Justeru, tangki septik perlu dilakukan pengenyah enap cemar sekurang-kurangnya 2 tahun sekali bagi memastikan tangki septik individu itu dapat berfungsi dengan efisien. 

Namun proses pengenyah enap cemar akan dikenakan bayaran yang spesifik bergantung kepada kapasiti tangki septik individu itu sendiri. Proses pengenyah enap cemar itu boleh dilakukan oleh IWK ataupun kontraktor berlesen yang lain (sumber: www.iwk.com.my).

Syed Mubashir bin Syed Mohammad
Forum Air Malaysia

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.