Laman Utama Berita Terkini Pendidikan RANCANG PELAN PERSARAAN SEKARANG SUPAYA HIDUP SENANG APABILA BERSARA
RANCANG PELAN PERSARAAN SEKARANG SUPAYA HIDUP SENANG APABILA BERSARA PDF Print E-mail
Written by Yu Kin Len   
Friday, 08 April 2011 10:36

Pada umur berapakah anda patut fikir tentang persaraan? Adakah anda berasa persaraan itu untuk warga emas sahaja dan tidak ada kena mengena dengan anda? Sebenarnya tanggapan seperti itu adalah dangkal sama sekali.

Sebaik sahaja anda mulai bekerja, anda perlu memikirkan tentang persaraan, walaupun usia persaraan anda masih kelihatan jauh lagi. Pelan persaraan memerlukan perancangan yang teliti dan berpanjangan untuk memastikan anda tidak perlu bimbang tentang masalah kewangan setelah bersara.

Mungkin anda berfikir simpanan dalam KWSP adalah pelan persaraan anda. Adakah simpanan KWSP itu cukup untuk  menampung perbelanjaan anda selepas bersara? Menurut statistik daripada KWSP, terdapat sebahagian pesara menghabiskan simpanan KWSP mereka dalam masa 3 hingga 5 tahun. Usia untuk bersara ialah 55 tahun, jangka hidup rakyat Malaysia ialah 75 tahun.

Ini bermaksudnya masih ada tempoh selama 20 tahun untuk menjalani kehidupan tanpa bergaji. Jika seseorang itu menghabiskan simpanan KWSP dalam masa 3 tahun, maka baki 17 tahun hidupnya dihabiskan tanpa pendapatan. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Pada usia yang semakin meningkat, mereka lebih cenderung untuk menghadapi pelbagai penyakit, terutama yang berkaitan dengan gaya hidup atau cara pemakanan seperti diabetes, penyakit darah tinggi atau sakit jantung. Kos perubatan yang semakin meningkat pastinya akan menambahkan beban apabila bersara.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Citibank, terdapat 66% rakyat Malaysia tidak yakin dengan pelan persaraan mereka. Hanya 22% sahaja rakyat Malaysia yang mempunyai pelan persaraan. Menurut kepada satu kajian internet yang dijalankan oleh Nielsen baru-baru ini, didapati bahawa hanya 21% rakyat Malaysia percaya mereka bersedia dari segi kewangan untuk persaraan, 44% rakyat Malaysia tidak pasti dan lebih daripada 1/3 daripada rakyat Malaysia berkata mereka tidak bersedia dari segi kewangan untuk bersara. Data-data ini menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak yakin dengan pelan persaraan dirinya.

Andainya RM500 diperlukan setiap bulan untuk menampung kehidupan harian, ini bermakna sekurang-kurangnya RM 120,000 diperlukan untuk persaraan selepas mencapai usia 55 tanpa mengambil kira kadar inflasi, dan juga kos perubatan yang mungkin diperlukan.

Pada usia yang tua, kesihatan amat penting. Kos perubatan merupakan perbelanjaan utama yang boleh mengikis wang persaraan anda. Menurut daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), salah satu sebab utama orang gagal dalam menguruskan kredit mereka ialah kerana kos perubatan yang tinggi. Walaupun mungkin anda mempunyai insurans perubatan dan hayat yang boleh melindungi sebarang penyakit kritikal dan kecacatan, namun ia tidak meliputi sebarang proses dan preskripsi yang anda perlukan seperti penyakit kurang serius seperti selesema atau demam, dan juga penyakit masyarakat moden seperti darah tinggi dan kencing manis.

Kadangkala insurans hanya melindungi sesetengah penyakit sahaja. Dengan kos perubatan yang semakin meningkat dan gaya hidup yang kurang sihat, persiapan yang mencukupi amat perlu bagi memastikan seseorang dapat hidup dengan sejahtera.

Selain KWSP, anggota perkhidmatan awam mempunyai pelan pencen. Pencen dapat menambung keperluan harian, tetapi mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi kemahuan setelah bersara, seperti melancong atau membeli sesuatu yang diingini.

Daripada kajian Nielsen menunjukkan 77% rakyat Malaysia memilih melancong sebagai aktiviti utama mereka selepas bersara. Pelan persaraan yang berkesan dapat menolong mereka untuk bersara dengan hati yang senang dan bebas daripada masalah kewangan.

Bermula pelan persaraan sekarang supaya anda dapat hidup dengan senang-lenang selepas bersara nanti. 

Yu Kin Len
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna

 

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.