Laman Utama Berita Terkini Pendidikan MEMAHAMI PINDAAN DALAM AKTA SEWA BELI 1967 (Pindaan 2010)
MEMAHAMI PINDAAN DALAM AKTA SEWA BELI 1967 (Pindaan 2010) PDF Print E-mail
Written by Deivigarani Krishna   
Monday, 30 May 2011 09:59

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menguatkuasa Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) mulai Jun 2011. Antara perkara yang terkandung di dalam pindaan akta tersebut ialah:

Peranan Penyewa (Pengguna)

  1. Membayar ansuran seperti tercatat di dalam perjanjian
  2. Tidak mengalihkan atau menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya
  3. Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli
  4. Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat di dalam Jadual Kedua Bahagian 1
  5. Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong
  6. Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu kepada pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau diambil
  7. Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.

Hak Penyewa (Pengguna)

  1. Terima notis (Jadual Kedua) sebelum tandatangan perjanjian
  2. Memastikan borang atau dokumen lengkap dengan maklumat sebelum borang ditandatangani
  3. Boleh menamatkan perjanjian dengan memulangkan barang dan bayar ganti rugi kepada pemunya (jika ada)
  4. Berhak mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar barang terpakai. Di bawah Sek. 4G perlu laporan PUSPAKOM dan perakuan secara bertulis daripada pihak penjual
  5. Terima salinan perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menandatangani perjanjian
  6. Terima notis Jadual Keempat dan Notis dibawah Perenggan 3 bagi pengambilan semula milikan
  7. Terima notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas barang tersebut diambil milikan oleh pemunya
  8. Berhak membuat penyelesaian awal ke atas perjanjian tersebut dan mendapat rebat sepatutnya. Terima notis pemberitahuan tarikh lelongan awam sekurang-kuranganya 14 hari dari tarikh tersebut.
  9. Berhak untuk menjelaskan semua bayaran yang dikenakan oleh pemunya
  10. Berhak untuk membuat penamatan dalam masa 21 hari Notis Jadual 5 dikeluarkan oleh pemunya
  11. Berhak untuk memperkenalkan pembeli baru kepada pemunya.
  12. Berhak mengarahkan pemunya memulangkan barang setelah menjelaskan semua bayaran yang sepatutnya
  13. Berhak mendapat baki wang hasil daripada jualan lelong barang (jika ada)

Peranan Pemunya (Bank)

  1. Membekalkan dokumen perjanjian dan dokumen berkaitan yang dilengkapkan dengan butiran maklumat
  2. Menyerahkan Kad Pendaftaran Kenderaan kepada penyewa apabila dimohon secara bertulis
  3. Menyampaikan salinan memorandum atau nota perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menerima permohonan bertulis daripada penyewa sebelum pembayaran akhir
  4. Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera
  5. Menyerahkan satu salinan polisi kepada penyewa dalam masa 7 hari
  6. Tidak boleh mengutip fi tempahan melebihi 1% daripada harga tunai barang
  7. Memulangkan 90% daripada bayaran fi tempahan jika terdapat pembatalan tempahan
  8. Tidak boleh mengutip deposit kurang 10% daripada harga tunai termasuk fi tempahan
  9. Melantik pemegang Permit Agen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh Pengawal untuk aktiviti pengambilan semula milikan
  10. Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barang
  11. Memberi opsyen kepada penyewa sama ada memilih kadar tetap atau kadar berubah-ubah bagi caj-caj terma
  12. Telah member Notis Jadual Keempat, Notis Peringatan dan Notis Jadual Kelima di bawah Peraturan
  13. Mengeluarkan Notis Lelong 14 hari kepada penyewa sebelum lelongan dijalankan
  14. Jika jumlah ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut maka pengambilan semula milikan boleh dibuat setelah mendapat Perintah Mahkamah

Hak Pemunya (Bank)

  1. Pemunya boleh mengambil semula milikan barang jika penyewa gagal menjelaskan bayaran ansuran sebanyak dua kali berturut-turut atau ansuran terakhir. Jika penyewa telah meninggal dunia atau berlaku 4 kali engkar berterusan
  2. Perlu membuat pengesahan terhadap pengambilan barangan itu dengan memberikan kepada penyewa dokumen pengambilan semula barangan dan tarikh, masa serta alamat tempat barang diambil
  3. Berhak melupuskan barang yang diambil semula selepas tamat tempoh 21 hari Jadual Kelima diberikan kepada penyewa
  4. Pemunya boleh mengambil semula barang melalui Perintah Mahkamah jika penyewa telah gagal membayar ansuran bulanan tetapi ansuran bulanan yang terbayar melebihi daripada harga tunai barang tersebut
  5. Pemunya menyediakan insuran tahunan pertama untuk pinjaman kenderaan dan bagi barangan bukan kenderaan selama tempoh pinjaman
  6. Boleh mengambil semula milikan barang tanpa kehadiran penyewa jika penyewa:
    1. - Melakukan pelupusan secara fraud
    2. - Memindahkan barang ke alamat baru tanpa memaklumkan kepada pemunya
    3. - Menggunakan barang bagi tujuan melanggar undang-undang.
  7. Berhak mengutip deposit minimum:
    1. - 10% secara tunai termasuk fi tempahan
    2. - Dalam bentuk barang-barang ada nilai dagang

Peranan Penjamin

  1. Menjadi penjamin kepada penyewa
  2. Memastikan penyewa mematuhi Perjanjian Sewa Beli
  3. Membantu pemunya mengesan untuk mendapatkan semula barangan

Hak Penjamin

  1. Pihak penjamin berhak mendapatkan perintah mahkamah terhadap penyewa
  2. Berhak untuk ditanggung rugi oleh penyewa terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat  oleh pemunya atas jaminan
  3. Berhak untuk menyuruh penyewa membayar ansuran berhubung dengan Perjanjian Sewa Beli

Hak Penjual

  1. Jika tempahan dibatalkan, penjual berhak mengenakan ganti rugi sebanyak 10% daripada tempahan.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.