| PERKONGSIAN TANGKI SEPTIK KOMUNAL – LAKUKAN TANGGUNGJAWAB HIDUP BERJIRAN |
|
|
|
| Written by Matheevani Marathandan |
| Wednesday, 06 July 2011 10:26 |
|
Seseorang tidak boleh dibiarkan untuk menanggung semua kos hanya kerana tangki komunal itu berada di unit mereka. Aduan-aduan yang diterima menunjukkan kurangnya kesedaran dan pemahaman pengguna terhadap isu pembetungan. Pengguna tidak sedar bahawa bahan kumbahan mereka disalurkan ke tangki septik yang mungkin berada di rumah lain yang dikongsi secara bersama oleh beberapa buah rumah. Penelitian terhadap kes-kes yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dan Forum Air Malaysia, jelas menunjukkan ketidakfahaman pengguna tentang perkhidmatan ini. Misalnya, pengguna tidak tahu mengenai kewujudan AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 di Malaysia yang mewajibkan setiap pemilik atau penghuni untuk membayar caj untuk perkhidmatan pembetungan seolah-olah mereka ialah pemilik tangki septik individu melalui Seksyen 62 dan 65, sebagaimana yang dinyatakan di bawah ini.
Namun sekiranya anda sedang berkongsi tangki septik dengan jiran anda perlu membayar bersama untuk menyahenap cemar “desludge” dari mana-mana kontraktor yang disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Sekiranya anda sedang berkongsi tangki septik dan tidak bekerjasama untuk membayar bil yang diterima tindakan undang undang boleh diambil ke atas anda.” |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.