| WUJUDKAN DASAR PENGANGKUTAN NEGARA |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 07 October 2010 12:16 |
|
Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang ditubuhkan bagi mengendalikan sistem pengangkutan awam darat tidak mencukupi jika tiada satu dasar yang menyeluruh mengenai sistem pengangkutan awam. Desakan ini dibuat oleh Datuk Marimuthu Nadason, presiden FOMCA dan Datuk Mohd Ashfar Ali, presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) dalam satu sidang media yang diadakan di sini hari ini. Sidang media ini diadakan sebagai susulan daripada laporan media tentang peningkatan aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) tentang pengangkutan awam. Dalam tempoh lapan bulan pertama 2010, NCCC menerima sebanyak 1,160 aduan berbanding 2,024 kes pada tahun 2009. Laporan oleh:
|
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.