| Kaji Semula Cadangan Kenaikan Tol Sebanyak 10% Bagi Lapan Lebuh Raya Mulai 1 Januari 2008 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Tuesday, 19 January 2010 23:23 |
|
FOMCA meminta kerajaan mengkaji semula cadangan kenaikan tol sebanyak 10% bagi lapan lebuh raya bermula pada 1 Januari 2008. Kajian semula ini perlu dilakukan memandangkan kos hidup para pengguna yang kian meningkat. Kenaikan kadar tol ini sudah tentu akan memberikan bebanan kepada para pengguna.
Sekiranya kenaikan tol ini dibenarkan, sudah pasti ia akan menyebabkan berlaku reaksi jaringan terhadap kenaikan harga barang kerana kenaikan kadar tol ini sudah tentu akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat. Walaupun FOMCA sedar bahawa kadar kenaikan secara tetap ini terkandung dalam perjanjian konsesi. Namun bagi FOMCA, perjanjian konsesi tersebut adalah berat sebelah, yang hanya memihak kepada kepentingan syarikat konsesi sahaja. Sebagai kerajaan yang dipilih oleh kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat, kerajaan sewajarnya memastikan kesejahteraan rakyat diberikan keutamaan. FOMCA juga mendesak agar kerajaan mendedahkan butiran perjanjian konsesi lebuh raya agar rakyat dapat mengetahui isi kandungan perjanjian tersebut. Sekiranya didapati perjanjian konsesi itu bersifat berat sebelah, kerajaan perlu mengkaji semula. Selain itu, sebelum sesuatu semakan kadar tol dibuat, syarikat pemegang konsesi perlu mendedahkan secara telus jumlah kutipan yang dterima dan kos penyelenggaraan yang perlu. Berdasarkan butiran tersebut, barulah kerajaan mempertimbangkan sama ada wujud kewajaran bagi menaikkan kadar tol. Kenaikan kadar tol secara tetap bagi setiap tiga tahun, sebagaimana yang berlaku pada masa ini perlu dikaji semula agar kebajikan rakyat terpelihara. |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.