Laman Utama Berita Terkini Perubahan Iklim PERUBAHAN IKLIM DAN DEMAM DENGGI
PERUBAHAN IKLIM DAN DEMAM DENGGI PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 19 April 2010 15:30

Pada tahun 2007, Laporan Ke-empat Panel Antara Kerajaan Untuk Perubahan Iklim (Intergovernmental Panel on Climate Change, IPCC) telah mengesahkan bahawa iklim sedang berubah dan pemanasan buatan manusia telah mempengaruhi sistem fisikal dan biologi dunia. Semasa abad ke-20, purata suhu sedunia telah meningkat sebanyak 0.6 ± 0.2 darjah Celcius, litupan salji berkurang sebanyak 10 peratus dan paras laut meningkat pada purata kadar sebanyak 1 hingga 2 millimeters setiap tahun.


Perubahan iklim akan menyebabkan berlakunya gangguan kepada ekosistem sedunia tempat manusia dan haiwan bergantung dan juga menyebabkan kesan-kesan kepada sistem kesihatan. Salah satu kesan kepada kesihatan ialah demam denggi.

Demam denggi merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh nyamuk Aedes dan telah berleluasa di Amerika Tengah dan Asia Tenggara sejak empat dekad dahulu. Pada akhir tahun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan bahawa hampir setengah juta orang di dunia telah dijangkiti demam denggi dan dirawat di hospital. Perubahan iklim, ataupun dikenali sebagai pemanasan global, telah menyebabkan perubahan kepada kadar hujan, suhu ambien dan kelembapan.

Proses pemindahan virus demam denggi bermula selepas seekor nyamuk Aedes (Aedes aegypti and A. albopictus) betina, yang tidak dijangkiti, telah menggigit pesakit yang mempunyai virus dalam badan. Virus tersebut akan membiak dengan sendirinya dalam badan nyamuk. Apabila nyamuk itu menggigit seseorang, dia akan menjangkitkan virus demam denggi itu. Nyamuk Aedes biasanya menggigit seseorang pada masa-masa yang tertentu (pada awal pagi, 6 pagi hingga 8 pagi; lewat petang, 5 petang hingga 7.30 petang). Virus itu juga boleh dipindahkan ke telur-telur dan berjangkit kepada anak-anak yang baru menetas. Suhu yang semakin meningkat akan meningkatkan potensi pemindahan penyakit dan juga menyingkatkan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk.

Penyelidikan untuk mengkaji hubungan antara perubahan iklim dan demam denggi masih dijalankan. Keputusan hasil kajian pada masa ini menjangkakan potensi peningkatan demam denggi pada julat latitud dan altitud yang lebih luas. Ada pihak yang mencadangkan supaya diwujudkan satu model yang mengambil kira sosio ekonomi tempatan, demografi seperti perbandaran, pertumbuhan populasi, tahap keimunan dan corak tingkah-laku.

Di Malaysia, penyakit demam denggi merupakan penyakit yang asli. Cuaca yang panas dan kelembapan yang tinggi sepanjang tahun telah membuatkan Malaysia satu tempat yang amat sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes. Demam denggi merupakan isu alam sekitar dan untuk mengurangkan kesannya, maka amat penting diwujudkan keadaan alam sekitar yang bebas nyamuk Aedes.

Pada tahun 2006 hingga 2007, Kementerian Kesihatan telah membelanjakan sebanyak RM2.4 juta dalam kempen media dan pendidikan. Walau bagaimanapun, pengetahuan mengenai demam denggi masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut kajian soal selidik tentang pengetahuan, sikap dan kaedah untuk mengelak demam denggi pada tahun 2006, majoriti responden (39,922 orang) tidak sedar bahawa mereka sedang membiakkan nyamuk Aedes di halaman rumah mereka.

Dengan peningkatan suhu ambien sebanyak 2 darjah Celsius dan perubahan yang tidak menentu dalam kadar hujan sehingga tahun 2050, pemindahan penyakit denggi dijangka semakin meningkat. Penggunaan ubat anti nyamuk Aedes merupakan kaedah sementara untuk mengurangkan jumlah nyamuk. Manakala cara yang terbaik ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang memerlukan kerjasama seluruh komuniti yang juga merangkumi ulasan tentang bangunan yang sedia ada mengenai landskap dan juga reka bentuk yang tidak akan menakung air hujan.

Kementerian kesihatan telah memperuntukkan RM12.4 juta untuk kempen media untuk menggerakkan komuniti menentang penyakit deman denggi. Peperangan menentang demam denggi ini tidak akan menang sekiranya tidak mendapat sokongan yang kuat dari komuniti rakyat.

(Diedit dan diterjemahkan dari sumbangan artikel oleh Dr. Hj. Mohd Ismail bin Merican untuk majalah Standards Matters isu Oktober 2009)

Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
19 April 2010

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.